Ramai yang setiap kali mahu membeli fishcake terlintas kerisauan tentang penghasilannya. Bersih ke tidak, halal ke bahannya. Sebab kita maklum untuk mencari fishcake buatan Muslim memang tak banyak.
Jadi jika selalu ragu-ragu, rasanya elok kalau kita belajar buat fishcake sendiri. Dah tentu tiada waswas lagi.
Cara membuat dan bahannya pun mudah saja. Boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Tahrunnisah Jali. Hasilnya kenyal sama seperti fishcake yang kita beli.
Buat sendiri fishcake kenyal macam beli
Saya kongsikan resepi fishcake, ia sangat kenyal dan seperti dijual. insyaallah semua yang saya kongsikan bersih, suci halal dan sangat menjimatkan kita.
500gm isi ikan tenggiri segar
3 sudu kecil (menggunung) tepung jagung
1 sudu kecil garam
Sedikit serbuk perasa (jika suka)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 cawan air sejuk (dari air batu)
Ads
Info: Boleh juga ganti ikan dengan fish fillet tapi abaikan penggunaan air, kerana fillet dah ada kandungan air.
Cara membuat:
1. Ambil isi ikan tenggiri, kulit tak perlu. Kisar halus guna food prosessor/blender.
2. Kemudian masukkan sedikit air ais, kisar lagi masukkan garam serta serbuk lada putih, serbuk perasa.
Ads
3. Masukkan 3 sudu tepung jagung dan kisar lagi (boleh rasa masin atau tidak waktu mengisar).
4. Sebelum itu panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi. Loyang pastikan muat periuk kukusan, boleh juga guna bekas yang tahan panas.
5. Masukkan adunan ikan tadi dalam bekas/loyang yang dialas plastik terlebih dahulu supaya senang dikeluarkan nanti. Rata dan padatkan.
Ads
6. Ambil minyak sapu dijari dan ratakan pada permukaan ikan tadi untuk melicinkannya. Kukus hingga masak. Masa dalam 15 minit atau sehingga masak.
7. Terbalikkan isi ikan yang sudah masak tadi, potong sepertimana bentuk fishcake.
8. Panaskan minyak dan goreng terendam sekejap hingga ia kekuningan. Angkat dan toskan minyak.
Karpet dah cantik terhampar tapi bila dah lama pakai mulalah bahagian bucu ‘terkepak’ atau bergulung ke atas.
Bila dah terkepak atau tak rata macam ni mulalah ada yang tersadung dan terjatuh. Tambah pula bila ada kanak-kanak yang suka berlari-lari dalam rumah
Supaya tak jadi masalah lain pulak elok kita luruskan semula. Biasa kita akan cuba gulung bucu karpet ke arah bawah, memang lurus tapi sekejap saja. Nanti akan terkepak semula.
Supaya karpet ini kembali rata, cara betul melakukannya ada dikongsi oleh Jules Pitch. Hanya guna kain lembap dan seterika. Caranya;
1. Ambil kain atau tuala basah atau lembap letak pada bahagian karpet yang terkepak.
2. Kemudian panaskan seterika dan gosok bucu karpet yang dialas kain lembap tadi.
3. Gosok hingga ia lurus semula. Selesai masalah.
Info: Jangan gosok direct tanpa alas dengan kain basah sebab nanti karpet boleh cair.
Kalau di rumah ada banyak stok kentang, boleh cuba buat sendiri potato chips atau kerepek kentang ini. Selalu kita beli, kali ini buat sendiri.
Hasilnya pula enak dan rangup. Kalau buat confirm sekejap saja dah licin. Cara membuatnya dikongsi oleh Mar Dhiah.
Potato chips homemade, cara buat senang sangat
Kalau kentang banyak kat dapur, cuba buat kerepek kentang (potato chips) home made ni. Bahan-bahan nak buat kerepek kentang ni senang yakmat, mesti ada kat dapur punya.
Bahan-bahannya:
Kentang – 3 biji
Cuka – 2 sudu
500ml air
Serbuk perasa (seasoning)
Minyak secukupnya
Cara membuat:
1. Kupas kulit kentang dan hiris nipis menggunakan pisau buah. Kalau nak guna penyagat (slicer) pun boleh.
2. Panaskan air bersama cuka. Dah mendidih masukkan hirisan kentang tadi dan rebus selama 3 minit.
3. Angkat dan bilas kentang tersebut. Kemudian tos (tak perlu sampai betul-betul kering pun).
4. Panaskan minyak dan goreng sampai kentang garing ( api jangan terlalu besar untuk elak hangus kerana kentang nipis).
5. Dah garing angkat kemudian tabur serbuk perasa kesukaan. Saya guna serbuk perasa jenama Bon Chef beli di kedai Eco saja.
Hasilnya, memang rangup dan nipis.
INFO: Jika nak hidangan lebih sihat, tak perlu tabur serbuk perasa. Makan begitu saja, kerepek kentang asli.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...