Buat Sendiri Kacang Bawang Putih Special, Rendam Dengan Santan Dulu Baru Goreng

Share

Daripada makan jajan penuh penuh perisa, pengawet lebih baik makan jajan macam ni. Kacang goreng bawang putih, rasa lemak-lemak dan bawang putih memang layan. Kalau makan sambil tengok TV tak sedar habis sebotol.

Kalau nak cuba buat ikut perkongsian Xiyan Mohamad, resipi ini diperoleh daripada rakan pembantu rumahnya dari negara jiran. Memang sedap. Boleh jadi kuih raya juga nanti.

Buat sendiri kacang goreng bawang putih

1. Sediakan bahan untuk rendaman. Sediakan kacang tanah (beli tanpa kulit lagi senang). Basuh kacang dibilas 4-5 kali dan tos. Kisar 5 ulas bawang putih, daun limau purut dicarik dan santan kotak kecil.

2. Sediakan juga terlebih dulu bawang putih goreng. 8 ulas bawang putih cincang. Sebelum itu kacau dalam air garam 5 saat dan terus tos. Ini supaya bila goreng tak hangit.

Ini bawang putih siap digoreng.

3. Panaskan air dalam 8 cawan, masukkan bawang putih kisar tadi, daun limau purut, santan, garam 2 sudu makan, gula 2 sudu makan (jangan banyak nanti bila goreng kacang cepat hangit).

4. Bila santan dah mendidih, tutup api. Jika rasa kurang masin tambah garam. Tuang dalam kacang yang telah ditoskan. Seperti dalam gambar.

5. Rendam selama 1 – 1 1/2 jam kacang tenggelam ya. Kalau air kurang boleh tambah air panas.

Kacang ditoskan

6. Panaskan minyak. Letak satu biji kacang dulu, kalau timbul maknanya minyak dah panas. Goreng dengan api sederhana. Kena selalu kacau tau. Bila nampak dah berwarna perang bolehlah angkat toskan minyak.

7. Sejukkan dalam dulang tabur bawang putih goreng taburkan garam sikit gaul sebati.

Ok dah siap dah boleh makan. Buat kudapan sambil tgok tv. Daun limau purut rangup bila dimakan dengan kacang marvelous.

Selamat mencuba.

Sumber: Xiyan Mohamad

IKLAN