Kepak ayam madu atau honey chicken wing selalu kita makan menu ini di restoren makanan segera, dan banyak juga jual di pasar malam. Memang sedap! Seketul takkan cukup. Jadinya kalau nak puas makan boleh buat sendiri.
Bahan mudah, beli saja kepak ayam di pasar raya selebihnya bahan memang ada di rumah. Paling best tiada sukatan, ‘campak-campak’ saja dan bakar dalam air fryer. Confirm menjadi dan diratah hingga menjilat jari.
Resipi campak campak, bukan campak terus gitu. Maknanya tiada sukatan.
Ads
Bahan-bahan
Ayam bahagian kepak
Bawang putih & halia – tumbuk pakai lesung
Brown sugar
Sos tiram
Sedikit kicap manis
Serbuk cili – untuk warna dan rasa pedas
Madu
Garam
Cara membuat:
Ads
1. Campur semua bahan dan gaul dengan kepak ayam. Lagi lama lagi sedap.
2. Kemudian bakar, yang ini guna air fryer saja. Suhu : 170c /15 minit pertama Tambah masa & suhu : 180c/ 5-6 minit Ikut air fryer masing-masing ya.
Bagi ibu bapa yang sudah ada punya dua atau tiga orang anak mungkin sudah berpengalaman memandikan bayi yang baru lahir. Tak jadi masalah.
Tapi yang baru pertama kali bergelar papa dan mama rutin memandikan bayi ini boleh jadi sesuatu yang mencabar dan perlu ditangani dengan lembut.
Dalam tempoh masih berpantang ini untuk memandikan bayi ada beberapa adab yang perlu ibu bapa perhatikan.Sebaiknya dipraktikkan sehingga selesai 40 hari berpantang.
Ketika ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkan badan bayi ke dalam tab.
Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.
Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, boleh berzikir dalam hati Ya Latif, Ya Hadi.
Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala seterusnya ke bahagian badan.
Satu perkara yang dirisaukan kaum wanita di musim perayaan ini adalah bila perlu memasak untuk tetamu yang ramai.
Sebabnya tak semua mahir memasak untuk hidangan dalam kuantiti yang banyak bagi menjamu tetamu yang ramai ini. Paling ditakuti hidangan tak mencukupi dan juga tak cukup masa memasak.
Agar ini tidak terjadi ada baiknya kita hadam tip berikut.
1. Buat persediaan awal Elakkan penyediaan di minit terakhir. Beli semua bahan atau keperluan lain seperti pinggan dan sudu garfu pakai buang seawal yang boleh. Potong juga bawang, sayuran dan daging sehari sebelum.
2. Pastikan menu tidak terlalu banyak Tidak perlu menyediakan terlalu banyak hidangan kerana ia boleh membawa kepada stres. Anda hanya perlukan satu hidangan istimewa diikuti dengan sayuran mudah, sup dan juga makanan manis.
3. Guna resipi yang mudah Tidak perlu menggunakan resipi yang terlalu teliti. Pastikan resipi itu mudah diikuti dan tidak mengambil terlalu banyak masak. Jika boleh, gunakan resipi yang boleh dimasak terlebih dahulu dan di sejukkan di peti ais.
Contohnya, perap ayam atau sediakan asas sup sehari sebelumnya. Lebih banyak penyediaan yang dibuat bermakna anda tidak perlu bergegas untuk menyiapkan sesuatu hidangan pada hari perayaan. 4. Gunakan bahan-bahan sedia dimakan Anda boleh menggunakan makanan bertin seperti nenas, puri tomato dan juga sos pasta dalam botol.
5. Membersih sambil memasak Sambil membuat penyediaan dan memasak, sebenarnya anda boleh membersihkan dapur pada masa yang sama. Apabila rendang sedang mendidih, basuh mana-mana mangkuk atau peralatan memasak yang tidak digunakkan. Sambil menunggu nasi dimasak, lap meja dapur sebelum memulakkan hidangan seterusnya!
Dalam keadaan kita perlu duduk di rumah hampir sepanjang masa ketika ini, anak-anak memang akan banyak bermain dengan gajet.
Selain game, aplikasi YouTube antara yang banyak ditatap setiap hari yang kita tahu penuh dengan pelbagai video termasuk iklan yang ada antaranya lucah dan tak sesuai ditonton oleh anak.
Supaya mereka tak menatap content sebegini sebaiknya ibu bapa ambil langkah buat tetapan Restricted Mode pada aplikasi YouTube di telefon yang digunakan.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.