Buat Sendiri Kerepek Pisang Rangup, Cukup Rasa Lemak & Masin. Rahsia Makin Sedap, Letak Bawang Putih

Share

Buat sendiri kerepek pisang yang sedap rangup, cukup rasa lemak dan masin. Jajan tradisional ini memang ‘berhantu’ kalau makan. Tak boleh berhenti selagi tak habis yang ada dalam balang.

Itu sebabnya kita kena belajar buat sendiri kerepek pisang ini. Lagi satu lebih jimat, buat satu sikat pisang pun dah dapat 2 balang. Kalau beli harga 2 balang ini pun dekat RM30.

Nak buat sendiri kerepek pisang ini memang mudah. Kalau ikut perkongsian Khaula Anis, guna 3 bahan ini saja akan dapat kerepek pisang yang cukup rasa lemak, masin dan rangup. Tak perlu guna air garam dah. Kalau nak aroma sedap, tambah saja bawang putih waktu menggoreng.

Buat Sendiri Kerepek Pisang, Rahsia Sedap Letak Bawang Putih

Kerepek pisang mudah tiga bahan. Cukup rasa lemak masin rangup. Warna pun cantik tak perlu guna air garam dan serbuk kunyit.

Nak tambah aroma masukkan dua tiga hiris bawang putih masa menggoreng, ini rahsia dari peniaga kerepek.

Bahan-bahan

1 sikat pisang berangan
1 cawan/200gram marjerin
1/2 kg minyak masak
3 hiris bawang putih

Cara membuat

1. Kupas kulit pisang.

2. Panaskan minyak dan masukkan marjerin. Biarkan cair dan sebati.

3. Sagat pisang dan terus goreng. Goreng hingga betul betul garing barulah diangkat (sampai minyak tak berbuih) dan tos. Boleh masukkan hirisan bawang putih waktu menggoreng jika ingin aroma yang sedap.

Sesikat pisang ini boleh dapat 2 balang kerepek pisang sederhana besar.

Selamat mencuba.

Sumber: Khaula Anis

Baca: Tip Buat Bawang Putih Goreng Kekal Rangup, Tak Pahit. Boleh Makan Macam Jajan

Published by
VK