Makan

Buat sendiri Kuih Peneram, Kali Pertama Buat Pun Menjadi. Guna 3 Bahan Saja Rupanya

Share

Buat sendiri kuih peneram atau dikenali juga dengan nama kuih denderam dan peniaram. Kalau selama ni kita beli boleh cuba buat sendiri terutama jika ramai dalam keluarga suka dengan kuih tradisi ini.

Nampak macam susah kan, tapi sebenarnya cara membuatnya cukup mudah. Bahan pun cuma ada tiga saja. Kali pertama cuba pun insya-Allah menjadi. Hasilnya pula memang rangup di luar, lembut di dalam. Makan waktu masih panas memang lagi sedap.

Buat sendiri kuih peneram, guna 3 bahan saja

Bahan-bahan

500g tepung beras (cap 3 Gajah)
340g gula merah
240ml air

Cara membuat

1. Masak gula merah dengan air sampai mendidih. Kemudian tapis & tuang dalam tepung ketika air gula masih panas.

2. Kacau sebati, peram semalaman atau 4-5 jam pun boleh). Peram dalam bekas bertutup saja, jangan masuk dalam peti ais.

3. Lapik plastik atas permukaan yang rata untuk mencanai adunan. Sapu sedikit minyak atas plastik tadi supaya adunan mudah diangkat nanti.

4. Canai dan tekap dengan acuan yang sesuai. Boleh gunakan mangkuk kecil dan buat lubang di tengahnya.

5. Panaskan minyak, kemudian goreng hingga garing. Angkat dan tos. Makan ketika panas lagi sedap.

TIP

  • Pastikan goreng menggunakan minyak yang panas, api jangan terlalu kuah atau perlahan. Goreng hingga cucur timbul, ini tanda peneram dah masak dan menjadi.
  • Sukatan ini menghasilkan dalam 100 biji.
  • Simpan dalam bekas kedap udara di suhu bilik, kuih ini boleh tahan 3 hingga 5 hari.
  • Pastikan ia betul-betul sejuk sebelum disimpan untuk elak lembik atau berkulat.

Selamat mencuba.

Sumber: Eda Sueda

Baca Lagi: Cara Buat Kuih Kaswi ‘Gedik’ Yang Sedap. Guna Tip Ini Jika Air Bertakung Sewaktu Mengukus

Published by
VK