Makan

Buat Sendiri Kuih Qasidah, Mudah Rupanya Guna Secawan Tepung Pun Menjadi

Share

Kuih qasidah ini antara kuih tradisi yang jarang kita jumpa orang menjualnya. Kalau ada pun pada bulan puasa. Salah satu sebabnya mungkin tak ramai yang mahir membuat kuih ini.

Walhal rasa kuih qasidah ini cukup sedap,  dengan lemakmanis tambah pula dengan taburan bawang goreng di atasnya. Elok juga kalau kita belajar membuat kuih tradisi ini. Caranya boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Cahaya Indah

ini. Sukatan yang digunakan hanya satu cawan tepung jadi memang sesuai  untuk yang baru mencuba.

Resipi kuih qasidah yang mudah

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
2 cawan setengah air
1 sudu teh garam
1 sudu teh air kapur
2 biji bawang merah

Cara membuat

1. Campur semua bahan kecuali bawang dalam bekas dan kacau sampai sebati.

2. Kemudian masuk adunan dalam periuk dan masak menggunakan api perlahan. Kacau sampai 15 minit. Jika suka warna kuning bubuh sedikit pewarna kuning ketika ini.

3. Dalam pada itu sapu loyang dengan sedikit minyak masak.

4. Selepas mengacau 15 minit, adunan masak dan jadi berkilat. Bolehlah dituang pada loyang tadi.

5. Potong bawang nipis nipis dan gaul dengan secubit garam (jangan lebih supaya tak masin). Kemudian goreng bawang dgan sedikit minyak sampai garing kekuningan. Tutup api.

6. Tabung bawang goreng tadi di atas kuih qasidah bersama sedikit minyak goreng bawang tadi. Siap! Biarkan sejuk kemudian barulah dipotong.

Sumber: Cahaya Indah

 

IKLAN