Buat Sendiri Mi Rebus Cara Orang Johor. Kuah Mesti Pekat, Tepung Goreng Rangup Kena Ada Baru Sedap

Share

Mi rebus Johor memang tak dinafikan cukup sedap. Dapat pula makan di negeri asal memang lah marvellous rasanya, ori.

Cuma kalau tiada kesempatan nak ke sana, boleh juga buat sendiri hidangan mi rebus ini. Dikongsi oleh Emee Sham boleh ikut cara ini;

Buat sendiri mi rebus Johor

Lama tak kena mi rebus, jadi kita buat sendiri. Ini pun berguru dengan orang Johor.

Bahan-bahan :


1 peket mi kuning -dicelur
4 biji keledek -direbus dan dikisar.
1 cawan tauchu -dicuci dan dikisar.
6 ulas bawang putih -dikisar.
3 biji bawang merah -dikisar
1 inci halia -dikisar.
3 batang serai -dititik.
1 inci lengkuas -dititik.
5 sudu makan rempah kari daging
Udang kering
Udang basah kopek kulit -dikisar
Garam, gula secukupnya serta minyak untuk menumis.

Bahan pelengkap:
Tauhu – digoreng, dipotong kecil
Daun sup -dimayang.
Bawang goreng.
Telur rebus -dibelah dua
Lada hijau -dipotong bulat
Taugeh -dicelur
Limau nipis -dibelah dua

Cara buat untuk kuah :

1. Panaskan minyak dalam periuk.

2. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.

3. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering dan udang basah yang telah dikisar hingga naik bau.

4. Masukkan rampah kari kacau rata,

5. Kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar. Selalu tauchu dan keledek yang dikisar telah kita letakkan air untuk senang dikisar, jadi tak payah tambah air supaya kuahnya tak cair.

6. Masukkan garam dan gula dan gaul sebati.  Siap dihidangkan.

Bahan tepung rangup:
Tepung beras dan tepung gandum
Serbuk kunyit
Garam
Air secukupnya
Bawang besar -didadu
Daun bawang -racik halus
Minyak untuk menggoreng

Cara buat tepung rangup

– Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
– Cara menggoreng ada teknik sikit, tuang tepung guna senduk di tepi kuali seperti buat rempeyek
– Angkat dan toskan.
– Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.
– Masukkan tepung rangup ini dalam mangkuk yang berisi mi, kuah dan bahan hiasan.

Selamat mencuba.

Sumber: Emee Sham

IKLAN