Ramai antara kita dah ada kesedaran untuk mengambil pelan perlindungan diri atau takaful.
Ia sebagai persediaan jika berlaku musibah tak dijangka seperti kemalangan dan penyakit.
Bagi yang sedang berkira-kira untuk mengambil pelan takaful panduan daripada penasihat kewangan Azizul Azli Ahmad yang selalu berkongsi tip dan panduan di media sosial miliknya.
1. Jika usia kita bawah 30 tahun, manfaatkan RM50 sebulan untuk perlindungan diri sekitar RM100,000.
2. Bagi usia 40 tahun ke bawah, peruntukan sekitar RM100-RM150 sebulan untuk perlindungan.
3. Jika usia 50 tahun ke bawah, biasanya peruntukan takaful sekitar RM300 sebulan.
4. Fokus pada PERLINDUNGAN DIRI dulu bukan KAD PERUBATAN.
5. Tanda aras yang sihat buat takaful adalah 5%-7% dari gaji kita sahaja.
6. Jangan ambil pelan SIMPANAN.
7. Jangan ambil pelan PELABURAN juga.
8. Ambil kad perubatan bila ada lebihan wang atau tiada perlindungan dari majikan.
9. Mulakan dengan Perlindungan Asas dulu. Gaji x 12 = Jumlah PERLINDUNGAN.
10. Bila dah mampu, lindungi pendapatan kita dengan Gaji x 12 x 10= Jumlah PERLINDUNGAN PENDAPATAN.
Saya walaupun bukan agen takaful, sangat galakan kengkawan memiliki takaful perlindungan asas.
Paling minimum adalah RM100,000 sahaja. Semakin awal bermula, semakin baik.
INFO
Sifat Takaful adalah perlindungan, jangan buat SIMPANAN dan PELABURAN dalam takaful. ia bukan instrument yang baik dan sihat untuk buat dua perkara itu. Ada banyak tempat yang baik untuk simpanan dan pelaburan yang beri pulangan sihat buat kita. Pandangan ini mungkin tidak dipersetujui oleh sahabat ejen sekalian, tetapi itulah pandangan saya dalam bertakaful
Bagi yang sedang merancang membeli kediaman info yang dikongsi oleh Fahimah Mahayudin berkenaan saiz rumah elok dijadikan panduan.
Ia bagi memastikan kita tidak tersilap memilih kediaman. Boleh jadi bila melihat saiz beratus-ratus kaki persegi dalam risalah atau mendengar penerangan pemaju kita sangka ia luas rupanya sangatlah kecil. Mungkin tidak sesuai untuk yang berkeluarga.
Berikut adala perkongsian beliau berdasarkan pengalaman dalam bidang pembinaan dan juga hartanah.
Bulan lepas, ada seorang pembeli ini cerita dekat saya yang dia tersilap beli rumah. Bukan rumah bawah ni tau. Masa dia beli tu rumah tu under construction, kira tak ada rumah contoh.
Jadi just tengok layout semua nampak macam besar, luas dia booking saja untuk beli. Tapi after rumah tu siap dia terkejut sebab rumah tu kecil size nya. Parking pun muat satu kereta saja.
Bila saya tanya berapa bukaan lebar rumah? Dia kata 18 kaki. Untuk size 18 kaki memang muat satu kereta saja parking. Melainkan kereta kecil mungkin boleh muat dua. Yang ni ikut pagar yang developer bagi. Belum renovate tukar pagar semua.
Memang selalu kalau kita tengok model rumah, atau layout rumah dan kita tak ada pengalaman untuk bayangkan “size” rumah, kita akan rasa ok. So saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang size rumah yang biasa di jual dekat malaysia ni dan kategori rumah tu besar atau kecil.
Selain dari tengok jumlah bilik tidur dan bilik air, ada faktor lain yang kena ambil kira bagi saiz sesebuah rumah. Saiz tanah ( bagi rumah landed) dan saiz binaan ( rumah landed / apartment).
𝗧𝗲𝗿𝗲𝘀 / 𝗟𝗮𝗻𝗱𝗲𝗱
Intermediate. Kalau corner / end lot saiz tanah lebih besar. Size rumah teres ni biasanya (ukuran kaki)
-16×60
-18×60
-18×70
-20×60
-20×65
-20×70
-20×75
-20×80
-22×70
-22×75
-24×70
𝗦𝗶𝘇𝗲 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗿 𝟭𝟲-𝟭𝟴 𝗸𝗮𝗸𝗶 : 𝗞𝗲𝗰𝗶𝗹.
Lebar ni di kira saiz lebar bahagian hadapan rumah. Bagi saiz ni kecil dan untuk parking kereta kalau 16 kaki muat satu kereta sahaja. Untuk 18 kaki muat 1 kereta juga tapi kalau kereta saiz kecil boleh muat 2. Bergantung pada pagar rumah. Kalau takde tembok kiri kanan boleh masuk dua.
𝗦𝗶𝘇𝗲 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗿 𝟮𝟬 𝗸𝗮𝗸𝗶 : S𝗲𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮.
20 kaki ni dikira size standard kebanyakan rumah teres dekat malaysia ni. Kira saiz yang paling banyak ada dekat pasaran. Muat untuk parking dua kereta dan dalam kategori lebar rumah yang jadi pilihan ramai.
𝗦𝗶𝘇𝗲 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗿 𝟮𝟮 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀 : 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿.
Size yang boleh dikatakan selesa untuk kelebaran sesebuah rumah. Untuk size 24 kaki ke atas dikategorikan sebagai “superlink”. Bukan lagi teres biasa sebab saiz yang besar dan luas. Untuk size 24 kaki ke atas kalau parking 2 kereta pun dah terlebih selesa dan siap ada ruang lagi dekat tepi untuk mini garden dan sebagainya.
Selain lebar, satu lagi faktor yang kena ambil kira adalah panjang tanah sesebuah rumah.
𝟲𝟬 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗸𝗲 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 – 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗲𝗸.
Panjang 60 kaki biasanya selepas di tolak ruang untuk car porch dan binaan rumah, biasa bahagian belakang ada sedikit. Car porch pun lebih pendek.
𝟲𝟱-𝟳𝟬 𝗸𝗮𝗸𝗶 – 𝘀𝗲𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮.
Standard size bagi kebanyakan rumah yang dibina sekarang. Tak pendek sangat. Tak panjang sangat. Size yang paling ramai suka. Carporch pun tak pendek sangat dan biasa bahagian belakang pun ada lebihan tanah.
𝟳𝟱 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀 – 𝗣𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴
Untuk panjang ni biasanya car porch akan panjang sedikit atau size standard. Bahagian backyard pun ada lebihan tanah lagi. Kadang 10 kaki atau lebih. Size 80-90 kaki dikira panjang.
Untuk rumah teres setingkat keluasan binaan boleh ambil kira saiz rumah apartment sebagai panduan. Untuk rumah teres 2 tingkat
𝟭𝟱𝟬𝟬𝘀𝗾𝗳𝘁 𝗸𝗲 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 – 𝗸𝗲𝗰𝗶𝗹.
Biasa sekarang ni developer banyak buat rumah bersaiz kecil dengan keluasan binaan bawah 1500sqft. Kadang dia bagi tanah lebih. Dapur dan bilik kecil. Tapi ada lebihan tanah di belakang untuk kita buat sendiri tambahan.
𝟭𝟱𝟱𝟬𝘀𝗾𝗳𝘁 – 𝟭𝟳𝟱𝟬+ 𝘀𝗾𝗳𝘁- 𝗦𝗲𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮
Bagi saiz ni dikira saiz standard untuk keluasan binaaan sebuah rumah. Saiz yang boleh dikatakan “just nice”. Tak besar. Tak terlalu kecil sangat. Tapi biasa saiz dapur ada yang sederhana, ada yang kecil bergantung pada design rumah.
𝟭𝟴𝟬𝟬𝘀𝗾𝗳𝘁 -𝟮𝟬𝟬𝟬𝘀𝗾𝗳𝘁++ – 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿
Untuk saiz ni dikira besar untuk keluasan binaan sesebuah rumah. Saiz ni biasanya kalau tak buat tambahan dapur , bilik dan sebagainya pun dah cukup. Tak perlu extend dah biasanya.
Semua ini dikira pendapat peribadi saya yang pernah involved dalam bidang construction dulu dan sekarang bekerja sebagai perunding hartanah. Boleh jadi panduan bagi yang sedang mencari rumah.
Apapun saiz pilihla ikut bajet dan citarasa masing-masing. Pilih betul-betul supaya tak salah buat pilihan.
Umum sudah tahu bahawa pesakit diabetes mempunyai kandungan gula tinggi dalam badan. Nasi pula ada kandungan gula. Jadi mungkin ramai pesakit diabetes menolak makan nasi untuk elakkan kandungan gula semakin tinggi dalam badan.
Tapi menurut Dr. Suri Roowi mereka yang mengidap kencing manis boleh saja makan nasi cuma perlu tahu aturannya iaitu dengan memastikan nasi yang diambil mempunyai nilai Indeks Glisemik (GI) yang rendah.
GI ini merujuk kepada nilai gula dalam darah dan Dr. Suri dalam Facebooknya berkongsi 6 tip yang perlu diamalkan oleh pesakit kencing manis sebelum makan nasi untuk mengawal gula dalam darah.
Nasi keras mempunyai nilai GI yang rendah. Jadi, nasi keras lebih sesuai untuk pesakit diabetis berbanding nasi lembik. Jadi, kalau nak makan nasi, sila kurangkan air sebelum memasak beras itu ya.
Nasi sejuk yang disimpan pada suhu 4 darjah Celcius selama 24 jam lebih sesuai untuk pesakit diabetis kerana GI yang rendah berbanding nasi panas. Nasi panas GI tinggi. Jadi sebelum anda makan nasi, sila sejukkan dahulu.
Nasi dari beras hancur mempunyai GI yang tinggi (86) dan kurang sesuai untuk pesakit diabetis. Nasi biasa mempunyai GI (83). Nasi daripada beras hancur memang sedap kalau dibuat nasi goreng. Tapi, kalau anda pesakit diabetes, sila elakkan ya.
Nasi yang dimakan bersama sayur-sayuran tinggi fiber larut air, seperti kacang bendi lebih sesuai untuk pesakit diabetis, kerana ia meningkatkan kepekaan terhadap insulin.
Menurut Dr. Suri Roowi, pilihlah sayur yang tinggi fiber larut air. Misalnya kacang bendi, Sayur sebegini boleh meningkatkan kepekaan terhadap insulin.
Nasi goreng pula lebih sesuai untuk pesakit diabetis, berbanding nasi putih kerana mempunyai nilai GI yang lebih rendah. Nasi yang sudah digoreng mengandungi GI yang rendah. Jadi lebih baik anda makan nasi goreng berbanding nasi putih.
Bubur lebih tinggi GI berbanding nasi. Selalu kalau demam, kita lebih suka makan bubur. Tapi kalau anda pesakit diabetes, elakkan ya. Ini kerana bubur mengandungi GI yang lebih tinggi berbanding nasi.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.