Makan

Buat Sendiri Pai Tee Ala The Chicken Rice Shop. Sama Rangup & Sedapnya, Puas Makan

Share

Kalau makan di restoren nasi ayam Chicken Rice Shop antara yang selalu kita pesan adalah pai tee. Kulit pai yang rangup bersama sayur cicah pula dengan sos memang cukup sedap. Selalunya tak cukup satu.

Pai tee ini juga sebenarnya boleh kita buat sendiri asalkan ada loyang (boleh beli di SINI

) dan ikut cara yang dikongsi oleh Zaliha Zaliha Salleh.
Buat sendiri pai tee

Pai Tee ala Chicken Rice Shop. Krup krap rangup kulitnya. Puas anak-anak makan.

Bahan untuk kulit

1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan air
Sesudu kecil air kapur
Sedikit garam
Sebiji telur

Bahan untuk inti

Sengkuang, lobak merah, timun ( potong halus dan memanjang)
Bawang putih dan bawang merah – dicincang (untuk menumis)
Isi udang/ayam -dikisar

Cara membuat pai tee
  • Campur semua bahan dalam bekas, kacau hingga sebati adunan.
  • Panaskan acuan dan goreng macam buat kuih loyang.
Langkah goreng pai tee
Cara membuat inti
  • Tumis bawang hingga naik bau dan masukkan isi udang/ayam.
  • Kemudian masukkan sayur yang dipotong tadi. Kacau sekejap dan terus tutup api.
  • Masukkan sayur ini ke dalam pai tee yang siap digoreng dan juga sos (sos nasi ayam).

Selamat mencuba.

Sumber: Zaliha Zaliha Salleh

 

IKLAN