Buat Sendiri Pau Gebu, Senang Rupanya. Inti Boleh Letak Ikut Cita Rasa

Share

Kuih pau antara hidangan yang selalu jadi jualan. Ada pelbagai inti dan boleh makan bila-bila masa. Dapat pula yang gebu-gebu, memang sedap dimakan.

Jika selalu beli, tak salah juga kalau kita belajar buat sendiri. Pau hasil tangan sendiri pastinya berbeza. Lagi best inti boleh buat apa yang kita suka.

Bagi yang nak cuba hasilkan sendiri kuih pau di rumah. Boleh ikut perkongsian Yong Anoz Yaacob. Resipi pau beliau ini telah mendapat lebih 16 ribu share sebelum ini.

1. Sediakan 2 sudu makan air suam + 1 sudu makan gula + 1 sudu makan yis. Kacau sebati bahan ini dan biarkan kembang dalam 10 minit.

2. Campurkan 5 cawan tepung gandum (cap Ros) + 3 sudu makan marjerin Pelangi + 5 sudu makan susu pekat.

3. Ramas hingga jadi macam serbuk roti.

4. Masukkan yis yang telah kembang ke dalam tepung + 240ml air (ikut kesesuaian tepung), uli hingga tepung sebati dan tidak melekat di tangan (dalam 10 minit).

4. Timbang doh 40g dan bulatkan.

5. Bubuh inti dan bulatkan atas tapak tangan. Lapik doh dengan kertas, saya guna cup cake.

6. Biar doh kembang lebih kurang 30 minit (bergantung pada banyak yis yang digunakan dan faktor suhu persekitaran).

7. Sedia untuk dikukus. Sebelum itu panaskan dulu kukusan dengan api yg sederhana hingga mendidih. Balut penutup kukusan dengan kain untuk mengelakkan air kukusan jatuh atas doh.

8. Kukus selama 5-6 minit.  Siap.

Selamat mencuba.

Sumber: Yong Anoz Yaacob.

IKLAN