Selain pau kukus, pau goreng juga jadi kegemaran ramai. Kuih yang boleh dipelbagaikan intinya boleh dihidang pagi atau pun petang
Memang boleh saja kita beli tapi buat sendiri lagi best, boleh letak inti banyak dan inti yang kita suka sama ada kelapa, kacang, sardin dan macam-macam lagi. Ikut suka!
Lagi menarik dari doh yang sama boleh jadi bomboloni, burger Malaysia dan donut. Memang berbaloi belajar buat sendiri kan.
Caranya boleh ikut perkongsian Noor Hayaty.
Buat sendiri pau goreng
Nak share resipi pau goreng, doh yang sama boleh buat donat, bomboloni, burger Malaysia. Ini resipi cara Cik Yaty ya.
Bahan untuk doh
Tepung gandum 500g
Telur 1 biji
Marjerin 2 sudu makan
Garam 1 sudu kecil (KFC)
Gula 2 sudu makan
Yis/Mauripan kering – 1 pek (11g)
Bread improver – 1 sudu teh
Baking powder – 1 sudu teh
Susu pekat – 2 sudu makan
Air suam – 260ml
Ads
Cara membuat:
1. Satukan air suam, gula, susu, yis/mauripan. Kacau sebati biarkan dalam 10-15 minit.
2. Sementara itu satukan pula tepung gandum bersama garam, baking powder, bread improver dan marjerin. Kacau dan gaul sebati.
3. Masukkan 1 biji telur dalam adunan dan kacau.
4. Kemudian masukkan bancuhan yis tadi dalam adunan tepung. Masuk sikit-sikit, gaul biar sebati dan tak melekat pada tangan.
Ads
5. Kalau rasa lembik atau melekat pada tangan, ambil minyak masak sikit letak pada tangan dan uli doh.
6. Rehatkan dalam setengah jam, letak dalam bekas besar, kalau tak melimpah doh.
7. Selepas 30 minit, keluarkan doh, tumbuk sikit dan bahagikan pada doh yang lebih kecil. Bolehlah letak inti kelapa atau apa juga yang disukai dan bentukkan ikut cita rasa. Biarkan seketika, kemudian bolehlah digoreng.
8. Selepas bentuk, saya letak dalam cawan kertas supaya senang nak angkat, tak payah letak dalam dulang , dan tabur-tabur tepung lagi.
-Jika nak frozen goreng sekejap saja, sekadar untuk matikan yis. Kemudian boleh angkat dan sejukkan kemudian masuk dalam freezer.
– Untuk burger Malaysia doh yang dibentuk boleh digoreng. Kemudian belah dan isikan sambal dan salad.
– Jika nak buat bombolini selepas bentukkan doh biar seketika dan goreng. Tos dan tabur snow sugar. Gunting bahagian tengah atas dan dan paipkan inti ikut cita rasa.
Kalau dalam rumah ramai peminat dodol, elok juga kalau belajar buat sendiri.
Jika nak makan sekeluarga saja boleh ikut sukatan dan resipi yang dikongsi oleh Suzana Nurin Ilham untuk dapat hasil dodol lebih 2KG yang terlajak sedap.
Cara dan bahan pun senang, cuma perlu kacau je. Boleh kacau dalam periuk non stick atau lebih mudah guna periuk Noxxa.
Dodol homemade yang terlajak sedap!
Bila anak puji dodol mana buat sedap, hilang rasa penat kacau dodol. Di sini saya kongsi resipi terlajak sedap.
Bahan-bahan:
1 kilo gula merah + 5 cawan air } satukan, masak, tapis dan biar sejuk
1 kilo santan
500 gm tepung pulut
4 sudu besar tepung beras
Secubit garam
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan tapis dalam periuk non stick.
2. Kacau selama 1 1/2 jam. Jika guna periuk Noxxa, steam 10 minit dan tekan stirfry kacau sampai masak.
3. Resipi ini boleh dapat 2 kilo lebih dodol. Hasilnya…
Sambal kentang sagat ini kalau masak memang kena buat banyak. sebabnya ia bukan saja boleh dibuat lauk makan dengan nasi tapi juga hidangan bubur malah dicicah dengan roti pun sedap.
Rasa rangup ikan bilis dan kentang kemudian bersatu dengan sambal yang pedas-pedas manja memang asyik bila memakannya. Sesuai juga dijadikan bekalan untuk anak-anak yang berada di asrama ataupun jika ingin travel.
Kalau selalu buat ayam goreng salut tepung yang rangup, elok rasanya belajar buat sendiri menyediakan tepung goreng ini. Dah tentu akan jimatkan belanja.
Mana tidaknya hanya bermodal RM3 kita boleh dapat 1 kg tepung goreng ayam ini. Nak buat ayam goreng salut tepung ini hari-hari pun boleh.
Kata empunya resipi cara membancuh tepung ini sangatlah mudah, lima minit saja dah siap. Bahan-bahan pun memang sedia ada di dapur kita.
Buat sendiri tepung goreng ayam yang rangup
Saya nak kongsikan resepi Tepung goreng ayam dalam masa 5 minit, dengan modal RM3 untuk 1kg tepung
Bahan bahan
1kg tepung gandum
1 cawan tepung jagung atau tepung beras lagi rangup
3 sudu setengah garam
2 sudu lada hitam
setengah sudu aji
3 sudu serbuk cili
1 sudu serbuk kari
setengah sudu gula
Cara membuat
1. Kisar halus lada hitam bersama garam, gula dan Ajinomoto.
2. Satukan bahan yang dikisar Bersama dengan tepung dalam satu bekas bertutup. Goncang hingga semua bahan sebati. Dah siap tepung ayam goreng!
3. Cara menggunakan, gaul ayam bersama tepung goreng ayam tadi dan juga telur. Perap dulu, sebelum digoreng gaulkan sekali lagi dengan tepung goreng ayam yang kering hingga semuanya salut.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Sedia dihidangkan.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...