Bila memandu jauh kita memang akan rasa mengantuk. Kadang-kadang tak dapat ditahan-tahan mengantuknya.

Bimbang mengalami microsleep ketika memandu yang boleh menyebabkan kemalangan kita berhenti dan tidur seketika. Tapi tidur dalam kereta ini pun berisiko. Ia boleh menyebabkan kematian mengejut seperti yang berlaku dalam kes 3 sekawan meninggal di Pulau Pinang kelmarin.

Ada yang kata, kalau nak tidur juga dalam kereta kena buka tingkap sikit tapi ini tetap tak mengurangkan risiko kematian akibat keracunan karbon monoksida.

Jadi bagi korang yang selalu tidur dalam kereta sebaiknya hentikan tabiat ini kerana membahayakan nyawa.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kematian dalam kereta kita sendiri iaitu:

1. Masalah kebocoran ekzos

IKLAN

Sekiranya terdapat masalah pada ciri mekanikal kereta kemungkinan berlaku kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan ketika kita sedang tidur dan ini akan meningkatkan risiko mati lemas.

2. Peningkatan karbon monoksida

Pengumpulan karbon monoksida yang disebabkan kebocoran ekzos akan menurunkan paras oksigen dalam kereta.

Tidur Dalam Kereta, Buka Tingkap Sikit Pun Tetap Bahaya. Ini Sebabnya

3. Penurunan paras oksigen dalam darah

IKLAN

Peningkatan tahap karbon monoksida di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah. Ini mengakibatkan darah membawa lebih banyak karbon monoksida dan boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba. Bahayanya kita tidak akan sedar kerana karbon dioksida tidak dapat dilihat atau mempunyai bau.

4. Buka tingkap pun bahaya

Walaupun dengan tingkap dibuka sedikit seperti yang selalu kita buat karbon monoksida tetap boleh terkumpul dan akan menyebabkan penurunan oksigen dalam darah. Kesannya mangsa akan kehilangan cecair dan air dalam badan selepas satu jangka masa.

5. Kalau masa memandu boleh pula? Kenapa?

IKLAN

Ini kerana kita sedar dengan perubahan suhu dan akan sedar jika terdapat kebocoran. Jika kita mula merasa tidak selesa, kita akan segera bertindak dengan menutup penghawa dingin dan membuka tingkap.

Selain itu:  Tip Pilih Ikan Bilis Yang Berkualiti Tinggi & Sedap Bila Digoreng. Paling Mudah Tengok Belang

Tidur Dalam Kereta, Buka Tingkap Sikit Pun Tetap Bahaya. Ini Sebabnya

6. Jika mengantuk sangat

Sekiranya sudah tidak dapat meneruskan pemanduan kerana terlalu mengantuk, tutup enjin dan buka tingkap sekiranya mahu melelapkan mata dalam kereta.

Namun cara ini juga tidak selamat kerana anda terdedah kepada penjenayah yang mungkin mengambil kesempatan ketika anda tidur. Oleh itu cara yang terbaik adalah pastikan anda mendapat cukup tidur sebelum memulakan perjalanan.

Sumber: Astro Awani

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI