Cara Buat Percik Ikan Kembung Yang Sedap, Dengan Kuah Meleleh

Share

Ikan percik atau percik ikan macam ni memang mengundang selera nak makan banyak. Aroma ikan yang dibakar, tambah pula tengok kuahnya yang pekat meleleh memang nampak sedap sangat.

Untuk makan seorang dua mungkin boleh beli, tapi kalau ahli keluarga ramai elok sangat kalau buat sendiri. Jimat dan acara bakar ikan pun boleh jadi aktiviti dengan famili hujung minggu. Suhasnida Ismail

berkongsi caranya jika nak mencuba.

Cara buat percik ikan kembung ‘sedak dooh’

Bahan A: Perap Ikan

8 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci halia
1 tbsp cili kering kisar
2 inci kunyit hidup
Sedikit serbuk perasa
1 tbsp garam
1/2 tbsp jintan manis
Secubit belacan (jika suka)
Sedikit air untuk kisar

Bahan B: Bahan Kuah

8 ulas bawang merah (saiz syiling 50 sen)
2 ulas bawang putih
sehiris halia
1 tbsp ketumbar biji (sangai)
secubit belacan
3 tbsp cili kering
900ml santan pekat
2 hiris asam limau/asam keping

Bahan C: Bahan Perasa

2 tbsp garam bukit
2 tbsp gula pasir
2 tbsp gula kabung thai
1 tsp serbuk perasa/aji/pasti sedap

Cara penyediaan:

1. Kisar bahan A dan lumur pada ikan dan perap sejam. Boleh juga jika nak guna ayam, lumur pada ayam dan rebus sekejap ayam di atas dapur dengan sedikit santan sehingga separuh masak.

2. Blend bahan B dan masukkan dalam periuk.

4. Masukkan santan pekat dan bahan perasa.

5. Masak sampai mendidih & pekat.

6. Bakar ikan atau ayam sampai masak (boleh cucuk ikan dengan lidi, buluh).

7. Salut kuah percik pada ikan atau ayam dan bakar. Buat 4 kali salutan baru percik lagi sedap.

8. Kuah percik ini untuk 5 ekor ikan atau 1 ekor setengah ayàm 2kg.

Selamat Mencuba

Sumber: Suhasnida Ismail

 

IKLAN