Buat Sendiri Pintu Pagar ‘Privacy’. Lagi Jimat Kos Tak Sampai RM350!

Share

Sekarang ramai yang pilih pintu pagar jenis ini. Lebih privacy, dan lindung aurat famili. Cantik pun cantik. Cuma kos untuk tukar kepada pagar jenis ini boleh tahan harganya mencecah RM3,000-RM4,000.

Tapi kita ada saja pilihan cara untuk jimat. Apalagi DIY lah. Jika buat sendiri bajet yang dikeluarkan tak sampai RM350 seperti yang dilakukan oleh Muhammad Faizal

. Bagi yang nak buat sendiri, boleh jadikan perkongsian beliau sebagai panduan.

Kos sekarang cecah RM3k-RM4k!

“Alhamdulillah setelah 3 hari siap jugak pagar DIY. Asalnya nak tukar tapi bila fikir balik kos dalam RM3k-RM4k jugak.

Maka dengan bantuan skill tukang waktu belajar kemahiran hidup di sekolah maka inilah hasilnya. Kos cuma RM350, masih ada balance. Misi utama untuk tertutup supaya lebih privacy.”

Sebelum

Bahan-bahan:

  • Shera plank (cement board)-15 keping RM16/pcs(saiz 15cmx3m)
  • Sealer (undercoat) 1L-RM25
  • Jotun paint water base kilat – 2L-RM35/L
  • Jotun cat minyak untuk besi 1L-RM30
  • Grinder
  • Apit G
    Skru besi
  • Cordless Battery Drill
  • Sesiku L

Penggunaan Shera plank memang tahan hujan panas sebab jenis cement board. Bukan besi atau kayu.

Hasilnya, lebih terlindung.

Selamat mencuba.

Sumber: Muhammad Faizal

IKLAN