Buat Sendiri Rain Drop Cake Yang Viral Sekarang, Mudah Sangat Rupanya

Share

Sedang elok musim hujan viral pula menu rain drop cake ni. Bila dah asyik lalu di sosial media kita teringin pulak nak tahu macam mana rasa pemanis mulut yang berasal dari negara Jepun ini.

Kalau tiada orang jual di sekitar rumah, apa kata buat saja sendiri. Nak buat pun tak susah sebenarnya, bahan pun mudah dan memang ada di rumah. Kalau nak cuba boleh ikut perkongsian Malnorashima Bt Ismail.

Buat sendiri Rain Drop Cake

1. Sediakan air secukupnya dan masukkan serbuk agar-agar. Bancuh dan masak seperti biasa, tambah gula untuk rasa manis. Tak perlu letak pewarna ya.

2. Kemudian tuang agar-agar tadi dalam acuan. Saya guna acuan kuih lompang saja. Biar mengeras atau boleh letak dalam peti sejuk.

3. Sementara itu buat sirap gula Melaka (macam buat kuih lopes). Sediakan air secukupnya, masak bersama gula Melaka yang dihancurkan. Letak sekali daun pandan. Biar larut kemudian tuang gula putih ikut kemanisan yang dikehendaki. Biar larut dan sedikit pekat.

4. Keluarkan agar-agar yang dah keras dalam pinggan putih supaya nampak jernih, kemudian tuang sirap gula Melaka. Boleh tabur kacang tanah tumbuk yang telah disangai terlebih dulu (resipi asal guna serbuk soya).

Selamat mencuba.

Sumber: Malnorashima Bt Ismail

IKLAN