Buat Sendiri Sate Di Rumah, Cara Pun Mudah. Guna Seekor Ayam, Banyak Cucuk Boleh Dapat

Share

Jika selama ini kita beli saja sate, kali kita cuba pula buat sendiri. Harga sate pun dah mahal kan, satu cucuk RM1.

Kalau ada acara makan-makan famili sesuai sangat buat, jimat belanja. Boleh jadi aktiviti keluarga juga.

Cara mudah buat sate sendiri

Rasa macam susah nak buat sate tapi bila baca perkongsian Noorlaili Zainal mudah saja rupanya. Guna seekor ayam, banyak cucuk boleh dapat.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (ambil isi saja potong dadu cuci & toskan)

Bahan kisar:
2 labu bawang besar
1 labu bawang putih
2 inci halia
4 batang serai

Bahan perap:
2 cawan gula
2 sudu kecil garam
4 sudu kecil kunyit
3 sudu besar jintan manis

Cara membuat sate:

  • Dalam besen besar masukkan isi ayam, bahan kisar dan bahan perap
  • Gaul sebati dan perap . Lagi lama lagi best
  • Ambil isi ayam perap tadi cucuk dengan lidi sate.

  • Lebihan perapan tadi ambil sedikit letak dalam bekas kemudian campur dengan sedikit minyak untuk direnjis ketika bakar sate.
  • Bakar hingga isi ayam masak, boleh juga guna pemanggang ajaib.

Bahan untuk kuah kacang:

Segenggam cili kering
2 labu bawang besar
2 inci halia
(Kisar 3 bahan di atas)
1 batang serai di ketuk
2 cawan kacang tanah -siap dikisar
2 keping gula melaka
1/2 cawan gula
Garam
Air secukupnya
Asam keping

Cara membuat:

  • Panaskan minyak.
  • Tumiskan bahan kisar masukkan serai (tumis sampai pecah minyak).
  • Masukkan kacang tanah gaul sebati.
  • Masukkan air kacau dan biar mendidih (api perlahan).
  • Masukkan gula melaka, gula, garam & asam keping.
  • Masak hingga pekat, rasa dan tambah apa yang kurang.

Boleh hidangkan sate bersama kuah kacang, hirisan timun dan bawang serta nasi impit.

Selamat mencuba.

Sumber: Noorlaili Zainal

IKLAN