Spageti bolognese antara hidangan spageti yang kita suka dan selalu dihidangkan di rumah. Tapi nak mudah kita biasa guna sos segera dalam tin. Umum tahu sos segera ini bukanlah sihat apa lagi jika kerap dimakan.
Ada juga yang tak gemar makan sos segera ini kerana rasanya yang lebih masam dan penuh bahan perasa. Bagi yang mahu hidangan lebih sihat, boleh saja hasilkan sendiri sos ini guna tomato segar. Caranya dikongsi oleh Zurina Zulkefli.
Buat sendiri sos bolognese guna tomato segar
1. Guna lima biji tomato segar dan merah ranum. Bahagian luar dihiris nipis untuk memudahkan proses menanggalkan kulit.
2.Kemudian rebus sehingga air mendidih, tak perlu lama sangat.
3.Toskan tomato dan tanggalkan kulit. Lenyek tomato sehingga hancur.
Ads
4. Masak semula ke dalam periuk dan perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan tomato menjadi sedikit berair.
5. Kemudian tomato tadi ditapis untuk mendapat pes tanpa biji.
6. Okay, ini dia hasilnya pes tomato. Kalau buat banyak, boleh simpan dalam peti.
Ads
7. Boleh masak macam biasa. Tumis bawang holland, bawang putih dan isi ayam. Kemudian masukkan pes tomato tadi dan sedikit herba Oregano.
8. Akhir sekali boleh masukkan spageti yang telah direbus. Kacau sebati.
Ads
Siap. Rasanya kurang masam dan berasid berbanding sos bolognese segera.
Boleh guna lebih banyak tomato dan reneh lebih lama untuk kuah yang lebih pekat.
Selamat mencuba.
Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI
Selain lauk pauk, hidangan air waktu berbuka memang jadi tumpuan. Dapat pula air yang macam ni, lain sikit memang teruja nak merasa.
Bagi yang nak cuba air vanilla blue with ice cream ini boleh ikut perkongsian Nordiana Ab Kadil.
Bahan-bahan
3 cawan air masak
5 esen vanila (saya guna penutup botol esen)
Setengah tin susu pekat Saji
Satu tin Susu sejat cair Saji
1 pewarna biru (guna penutup pewarna)
Ais secukupnya
Aiskrim vanila (kacau rata untuk dapat kan rasa vanila yang sempurna)
Cara membuat
1. Satukan air masak bersama susu pekat, susu sejat, pewarna biru. Kacau sebati.
2. Kemudian masukkan ais secukupnya, diikuti dengan aiskrim vanila.
3. Untuk rasa lebih enak sempurna, kacau rata aiskrim.
Timun Jepun antara ulam yang selalu kita makan, rasanya memang lebih sedap dan rangup berbanding timun biasa walaupun harganya sedikit mahal.
Sebab itu berbaloi sangat kalau kita tanam timun Jepun ini di laman rumah. Paling best timun ini jika betul cara penjagaan dan baja yang digunakan sebulan selepas semai anak benih kita dah boleh petik dan makan timun Jepun hasil tanam sendiri.
Bagi yang nak cuba boleh ikut langkah demi langkah yang dikongsi oleh Kebun Tani.
Hobi masa lapang tanam timun Jepun. Start tanam 5/12/2022, petik 6/1/2023. Sebulan saja ye. Boleh rujuk pada setiap gambar.
Saya menggunakan tanah hitam sawit. Polibeg 24 x 24, 3 pokok satu polibeg. Seeloknya 2 pokok dah cukup sebab daun terlalu rimbun.
Awal tanam pakai baja organik, boleh pakai baja tahi ayam atau baja kopi. Bila dah besar sikit pakai baja kimia 151515 atau 161616. Dah start bunga pakai baja buah 121217 or 131321.
5/12/2022 – mula tanam anak pokok. Saiz polibeg 24×24, 3 pokok satu polibeg. Seeloknya 2 pokok. Waktu ini boleh letak baja organik. Tahi ayam atau pun baja kopi. Proses tumbesaran.
13/12/2022 – Teruskan guna baja organik atau boleh pakai baja kimia 151515 atau 161616. Letak sikit saja jangan lebih nanti daun terbakar kalau banyak. Letak seminggu sekali.
18/12/2022 – Pokok dah mula naik. Boleh lilit ke atas. Guna tali untuk buat jaring.
30/12/2022 – Pokok mula keluarkan bunga terus pakai baja buah. Seeloknya seminggu sebelum tu dah tukar pakai baja buah. Baja buah 121217 atau 131321. Brand apa pun tak mengapa.
30/12/2022 – pokok dah keluar buah.
5/1/2023 – teruskan lagi pakai baja buah. Cuma jangan letak lebih. Buah dah besar boleh petik.
6/1/2023 – Dah petik. Alhamdulillah buah rangup. Memang sedap di makan dari timun biasa.
Nak tanam pokok sayur buah yang lain pun boleh ikut cara di atas.
Tanampokok terung dalam pasu pun boleh meriah buahnya. Syaratnya kena tanam dan praktikkan cara penjagaan yang betul. Jika buat keduanya ini pasti pokok terung dalam pasu ini hasilnya tidak mengecewakan. Bagi yang nak cuba tanam boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Mohd Amri ini.
Siapa tak suka kalau pokok terung menjadi seperti ini kan? Saya suka untuk berkongsi dengan tuan/puan berkaitan dengan penanaman terung di dalam pasu.
Saya tanam terung ini sekitar empat hingga lima pasu sahaja. Kenapa pasu? Kerana saya tinggal di rumah taman. Tak cukup tanah. Jadi saya kongsikan serba sedikit pengalaman dan caranya.
1. Penyediaan bekas dan medium
Saya hanya menggunakan pasu yang dibeli di kedai Eco. Manakala medium yang saya gunakan ialah tanah campuran yang terdiri daripada tanah hitam sawit, tanah merah bakar, sekam mentah dan bakar dengan nisbah 2:1:1.
Sambil itu saya akan gaulkan dengan dua sudu makan baja organik seperti mana yang saya gunakan iaitu baja nlegrow. Gaulkan dan siramkan setiap hari sehingga tiba hari pemindahan anak pokok. Kaedah ini saya anggap sebagai baja lapik bertujuan untuk “menghidupkan tanah” melalui mikrob yang ada pada baja.
2. Penanaman pokok
Setelah anak pokok yang disemai sudah cukup tiga minggu, saya pindahkan ke dalam pasu. Gaulkan tanah dan terus pindahkan anak pokok. Pada peringkat ini saya belum beri sebarang baja kerana sudah ada baja lapik seperti mana point pertama.
3. Penjagaan
Setelah dua minggu selepas tanam atau dalam bahasa pertanian, (HST), saya berikan lagi baja sebanyak dua sudu makan. Dan begitulah setiap dua minggu sekali aktiviti pembajaan saya. Saya tidak gunakan baja kimia kerana, saya lebih suka menggunakan baja organik. Selamat.
Setiap tiga hari sekali, saya akan membuat semburan organik seperti mana yang telah diajar di dalam group ini. Selain itu, penggunaan cuka kayu juga dilakukan secara berselang-seli.
Booster yang paling kerap saya gunakan ialah, booster yang dibuat secara mudah iaitu menggunakan Yakult dan telur ayam. Cuma berbeza dengan orang lain, saya tambah sedikit molasess untuk menjadikan baunya lebih harum dan manis sedikit. Kurang bau hanyir.
4. Pemangkasan
Saya kerap melakukan pemangkasan “ringan” untuk membuang daun-daun yang lebar supaya cabang baru dan putik bunga cepat keluar. Sesetengah orang berpendapat, kalau dibiarkan sahaja daun lebar tu, jadinya mabuk daun.
5. Lalat buah
Ada juga kes terung yang terkena serangan lalat buah. Simptomnya ialah, buah terung berlubang dek serangan lalat buah. Jadi saya kawal melalui penggunaan perangkap lalat buah. Alhamdulillah, berkesan. Sebaik-baik elakkan penggunaan semburan kimia.
6. Siraman
Saya akan menyiram dua kali sehari iaitu setiap pgi dan petang. Kalau kebetulan hari hujan, memang tak siram lagi kecuali medium nampak kering. Yang penting, pastikan medium selalu lembab. Kalau tak, daun akan layu. Kalau ada modal yang lebih, boleh gunakan sistem siraman automatik.
7. Kebersihan
Pastikan daun yang dipangkas atau ada daun yang gugur ambil dan buang jauh-jauh. Kerana kalau dibiarkan akan menyebabkan pokok mudah terkena penyakit. Kalau sekitar pasu dah bersih, mata pun sedap memandang.
Itulah sahaja perkongsian ringkas dari saya tentang tanaman terung di tepi rumah. Selamat mencuba ya.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...