Talam seri muka ini antara kuih talam yang disukai ramai dan banyak dijual.
Kalau kuih ini jadi kesukaan ahli keluarga lagi elok kita belajar buat sendiri.
Dikongsi oleh Iskandar Muadz yang juga peniaga kuih muih, ikut saja langkah yang diberi. Selain itu ada juga disertakan tip supaya hasil kuih talam bukan saja sedap, tapi cantik kejadiannya.
Buat sendiri kuih talam seri muka
1. Cara buat bahagian bawah. Sediakan bahan-bahan;
-400 gram beras pulut
-Santan cair.
-Garam
2. Untuk sediakan bahagian bawah, rendam dulu beras pulut rendam selama 4 jam. Kemudian basuh bersih dan tos. Masukkan dalam loyang.
3. Masukkan santan cair, sukatannya lebih sikit dari paras pulut. Kemudian letak garam. Saya guna santan Kara, 1/2 cawan santan, baki tambah air. Letak juga minyak masak 1 sudu besar tapi jika guna santan segar tak perlu letak minyak.
Ads
4. Kukus sampai masak.
5. Sambil itu buat bahagian atas. Sediakan;
-210 gram tepung gandum
-290 gram gula pasir
-1000ml santan (pekat 400ml,baki tambah air. Kalau guna santan Kara masukkan minyak masak 2 sudu besar. Jika guna santan segar tak perlu letak).
-2 biji telur
-Pes pandan
-Pewarna ( boleh juga guna air pandan. Kisar daun pandan dengan air, ambil airnya campur dengan santan. Jadikan 1000ml)
6. Kisar gula, telur sampai sebati. Kemudian masukkan dalam tepung.
Ads
7. Masukkan sekali santan, pewarna dan kacau. Tapis ke dalam periuk.
8. Masak atas api sampai adunan suam okay.
Ads
9. Bila pulut dah masak, pindahkan pulut dalam loyang 10×10. Tekan biar padat. Kemudian curahkan adunan bahagian atas tadi.
10. Kukus lagi 20 min atau hingga masak. Siap!
TIP
Untuk dapatkan potongan kemas, kuih kena betul-betul sejuk. Potong guna pisau plastik atau pisau kek.
Fungsi minyak masak dalam penggunaan santan kotak, untuk kuih berminyak macam guna santan segar, lembut je hasilnya.
Laman ada ruang sikit dan teringin nak bercucuk tanam. Kalau begitu usahakan buat petak kecil di halaman dan tambun dengan tanah. Macam-macam boleh tanam.
Sekiranya baru nak cuba, boleh tanam kangkung dulu. Caranya boleh ikut perkongsian Zak Sujud. Jika nak kangkung berdaun lebar, pokok besar boleh praktik tip ini waktu tabur benih.
1. Sediakan biji benih kangkung. Ini beli di Shopee. Tak semua akan tumbuh atau tumbuh cantik bila di tanam. Rasanya dalam 80% saja akan tumbuh cantik.
2. Siapkan batas. Kedalaman dalam 10 inci. Lubangkan berbaris jarak 6 inci, isi tanah hitam. Tabur benih dalam 30 biji setiap baris dan tutup dengan tanah hitam lagi.
TIP kalau nak pokok besar-besar dan daun lebar jarakkan lagi lubang atau kurangkan bilangan biji benih (jangan tanam rapat).
3. Ratakan batas. Siram setiap hari kecuali hujan.
4. Selepas seminggu lebih.
5. Ini usia dalam 2 minggu.
6. Usia kangkung 3 minggu.
7. 4 minggu… dah boleh petik untuk buat kangkung goreng belacan. Boleh goreng berkali-kali.
Salah satu masalah bagi pengguna telefon bimbit adalah kabel pengecas yang selalu saja rosak dan perlu diganti.
Ada yang tak sampai tiga bulan guna dan kena beli baru. Salah satu penyebabnya adalah cara kita menggulung kabel tersebut yang mungkin menyebabkan ia mudah rosak.
Sebenarnya ada teknik yang digunakan untuk menggulung kabel terutama yang mahal, ia dinamakan kaedah Roadie Wrap.
Teknik Roadie Wrap
Caranya dengan menggulung membentuk bulatan.
Bagi pengecas telefon atau komputer riba, jika kabel dan pengecas adalah bersambung atau anda tidak mahu mencabut kabel boleh lakukan cara berikut.
Kaedah 1
Kaedah 2
Tip
Pastikan bahagian kabel yang menghubungkan dengan pengecas tidak terlipat kerana ia boleh menyebabkan kerosakan.