Buat Sendiri Tart Telur Gebu & Sedap, Kulit Rangup Tapi Lembut Di Dalam

Share

Tart telur ini antara yang kita selalu beli bila masuk bakeri. Rasanya yang lemak manis dengan kulit yang rangup memang sedap.

Cuma kalau beli, tak boleh nak makan banyak sebab harganya pun lebih kurang RM3-RM4 sebiji. Kalau nak puas kena buat sendiri. Jika nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Nor Al Fatihah.

Buat sendiri tart telur gebu

Tart telur ‘gebus’, sedap just nice rasanya. Crunchy di luar, lembut di dalam.

Bahan untuk shell tart/crust

150 gm butter
1/2 cawan gula aising
1 biji kuning telur A
1 sudu teh esen vanila -optional
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung (diayak bersama tepung gandum)

Bahan untuk filling telur

6 biji telur A
1 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanila
1 tin susu cair
1 cawan air panas
Pewarna kuning -optional

Cara membuat shell tart/crust

  • Kacau butter & gula dengan senduk kayu/spatula hingga sebati.
  • Campur telur & esen vanila. Kacau lagi hingga sedikit kembang.
  • Masukkan tepung gandum & tepung jagung. Gaul dengan tangan hingga menjadi doh.
  • Masukkan doh ke dalam plastik wrap. Rehatkan di dalam peti ais selama 20 minit.

Cara buat filling telur

  • Sementara doh direhatkan, kita boleh buat intinya dulu. Satukan telur, gula, esen vanila, gula, susu cair & pewarna kuning. Kacau dengan whisk hingga sebati.
  • Tuang air panas sambil dikacau untuk elakkan inti menjadi scramble egg. Tapis.

  • Keluarkan doh, canai agak nipis. Masukkan ke dalam acuan aluminium mini. Tekan & kemaskan. Tuang filling hingga agak penuh.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150°c selama 35-45 minit atau hingga masak. Api bawah saja. Bergantung pada suhu oven masing-masing jugak
    Sejukkan dulu, baru keluarkan dari acuan.

Selamat mencuba.

Sumber: Nor Al Fatihah.

Subscribe juga YouTube Vanilla Kismis untuk video menarik.

 

IKLAN