Buat Sendiri Telur Bungkus Ala Gerai. Menu Sahur Paling Senang, Ayam,Telur, Sayur Semua Ada

Share

Masuk hari ke 10 Ramadan ada yang dah buntu nak masak apa untuk berbuka puasa. Lagi pening masakan untuk sahur.

Biasanya bila dah pertengahan puasa kita nak sesuatu yang simple saja. Sebagai idea untuk korang yang buntu boleh masak telur bungkus.

Ada ayam, telur dan sayur lengkap hidangan. Untuk sahur sesuai sangat. Jika nak cepat, bahagian isi masak siap-siap. Cara membuatnya boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Roslina Omar.

Buat sendiri telur bungkus, menu sahur paling senang dan lengkap

Bahan dicincang:
1 biji bawang holand
1 biji tomato
Sedikit lobak merah
3 ulas bawang putih
Isi ayam

Bahan lain:
3 biji telur – pukul dengan garfu
Sedikit daun bawang – dihiris
Gula dn garam
Cili kisar
Sos ikan,sos cili,sos tiram

Cara membuat:

1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau.

2. Masukkan isi ayam, kacau.

3. Masukkan cili kisar bersama sos cili, sos ikan dan sos cili. Masak sampai agak kering.

4. Kemudian masukkan lobak merah dan masak hingga lobak lembut.

5. Seterusnya masukkan garam, gula dan bahan perasa. Kacau sebati dan tutup api, tabur daun bawang.

6. Untuk telur, panaskan kuali masak telur dadar kemudian letakkan inti di tengah dan bungkus.

Potong bahagian tengah, boleh juga tuang sos cili atas telur bungkus.

Siap boleh hidang dengan nasi.

Selamat mencuba.

Sumber: Roslina Omar.

IKLAN