Buat Sendiri Tempura Nugget Rangup, Homemade Dijamin Sihat Tanpa Lemak

Share

Rasanya setiap peti ais dalam rumah akan ada stok nugget terutama kalau ada kanak-kanak. Tapi ramai juga ibu yang ragu-ragu untuk hidangkan nugget yang dibeli kerana bimbang bahan-bahan yang digunakan tidak sihat.

Kalau dah macam ini, lebih baiklah buat sendiri nugget. Boleh ikut cara Noor Liyana yang berkongsi cara membuat Homemade Tempura Nugget. Dijamin sihat sebab hanya guna isi ayam tanpa lemak.

Lembut, senang nak buat

Asalnya nak buat sosej tapi tak cukup bahan maka terjadilah nugget ini. Lembut, tiada lemak atau keraguan sebab guna semua isi ayam bahagian dada. Senang saja nak buat, potong ayam kecik-kecik dan kisar saja.

Bahan-bahan:

  • Isi ayam (saya pakai bahagian dada dipotong kecil) dalam 700gm
  • Telur 2 biji
  • Bawang putih 5 ulas
  • Bawang merah 2 biji (saiz sedang)
  • Lada hitam (ditumbuk) kuantiti ikut citarasa
  • Tepung ubi kayu 3 sudu
  • Garam dan perasa (ikut citarasa)
  • Tepung goreng serbaguna (saya guna Aroma sebab ada rasa pedas pedas)
  • Sedikit butter

Cara membuat:

Kisar semua bahan kecuali tepung serba guna. Boleh guna food processer jika ada. Kalau tak boleh guna blender, tapi blend perlahan takut blender rosak.

Kemudian letak adunan dalam loyang tapi sebelum itu sapu butter supaya nugget cake senang dikeluarkan. Kukus adunan lebih kurang 30 minit.

Keluarkan kek keluarkan dari loyang. Potong nugget cake mengikut saiz dan bentuk yg kita suka.

Bancuh tepung serbaguna dengan air. Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat supaya nugget tersalut dengan sekata.  Celupkan nugget dalam tepung serbaguna lalu goreng sehingga garing.

Kalau nak rasa lebih sihat, boleh juga grill nugget cake.

Sumber: Noor Liyana

 

IKLAN