Buat Sendiri Udang Belon Ala Thai, Guna 4 Bahan Saja

Share

Hidangan Thai memang kena sangat dengan tekak kebanyakan masyarakat Malaysia. Ada banyak yang jadi kegemaran selain tomyam. Salah satunya adalah udang belon ini.

Kalau biasa makan di restoran Siam, apa kata cuba buat sendiri pula. Lagi puas makan. Cara membuatnya dikongsi oleh Fatyma Idris.

Cara buat udang belon ala Thai, guna 4 bahan saja

Bahan-bahan
Udang
Tepung Blue Key Self Raising Flour (kotak warna pink)
Telur
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara membuat

1. Bersihkan udang. Buang kulit udang tapi bahagian ekor dibiarkan saja.

2. Campur semua bahan-bahan yang lain tepung, telur dan garam.

3. Masukkan air secukupnya. Jangan cair sangat, tak pekat sangat. Buat biar boleh lekat elok adunan tepung dengan udang.

4. Celup udang dalam adunan tepung kemudian goreng dalam minyak yang panas.

5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.

TIP: Untuk hasilkan udang belon yang cantik boleh guna pencungkil gigi untuk buang kotoran belakang udang jadi tak perlu nak belah belakang udang tu.

Selamat mencuba.

Sumber: Fatyma Idris.

IKLAN