Buat Sendiri Whipping Cream, Putar 6 Minit Dah Siap!

Share

 

Siapa yang suka buat atau berniaga kek mesti akan selalu guna whipping cream ini. Kalau buat cheese cake leleh ini juga bahan kena ada.

Harga whipping cream ini juga boleh tahan, bagi yang nak berjimat boleh saja hasilkan sendiri bahan ini. Buat sendiri tapi rasanya sama saja.

Bagi yang nak mencuba buat sendiri whipping cream ini boleh ikut cara yang dikongsi oleh Soleh Fattah.

Homemade whipping cream

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 sudu besar ovalette
5 sudu besar susu pekat
4 sudu besar susu powder (tak kisah jenama apa, saya pakai Fernleaf Family)
3 sudu besar gula (boleh kurangkan)
1 bekas ais batu (pastikan dalam ketulan kecil supaya senang mix)- kuantiti rujuk gambar
Mixer ( boleh cuba pakai blender, tapi saya tak pernah cuba takut rosak)

Cara membuat

1.Masukkan semua bahan dalam satu bekas. Pastikan bekas besar, jangan pakai mangkuk kecil. Nanti whipping cream kembang semangkuk.

2.Gaul rata semua bahan-bahan, bagi sebati dulu. Kemudian baru putar pakai mixer. 1 minit pertama, guna kelajuan paling rendah, supaya ais batu terkeluar dari bekas.

3. Minit ke-2, boleh tingkat kan kelajuan, sederhana dalam 3 minit. Putar sampai tak nampak ais batu. Waktu ini kita akan nampak adunan dah berupa cream yg kembang semangkuk.

4. Bila ais batu dah tiada (boleh dengar bunyi ais waktu mix) boleh tingkatkan kelajuan mixer ke maksimum. Putar dalam 2 minit sahaja, jangan overbeat.

SIAP

Masa penyediaan: 5-6 minit sahaja.

Sumber: Soleh Fattah.

IKLAN