Buat Skrub 2 Bahan Guna Tomato & Gula, Petua Berkesan Agar Wajah Glowing Tanpa Jerawat & Kedutan

Share

Kaum wanita memang peka sangat bab rawatan kulit wajah. Ramai sanggup habiskan ratusan ringgit untuk beli satu produk saja sama ada untuk cerahkan wajah, hilangkan jerawat atau untuk pastikan kulit wajah glowing.

Tapi daripada belanjakan beli produk sebegini, tak salah kalau kita cuba petua kecantikan paling mudah dan murah.Tambahan pula ramai yang mengatakan ia berkesan. Caranya adalah dengan membuat skrub wajah dari tomato dan gula.

Dikongsi oleh Queendalisyarina yang mengamalkannya sejak sekian lama ia berkesan untuk membantu masalah jerawat, mencerahkan kulit wajah, mengecutkan pori-pori dan membuang sel kulit mati.

Paling best katanya ia juga melambatkan kedutan halus dari muncul. Cerita beliau pada usia 44 tahun belum ada kedutan yang muncul pada wajahnya.

Bahan yang diperlukan
Tomato (belah dua)
Gula perang atau putih

Caranya

  1. Cuma celup bahagian permukaan tomato yang di belah pada gula.

2. Kemudian gosok pada keseluruhan wajah. Gosok beberapa kali dan biarkan seketika.

3. Selepas itu basuh wajah.

4. Lakukan 2-3 kali seminggu.

Selamat mencuba.

@queendalisyarina76 #fyp #tipskecantikan #petua #jerawatan #jeragat #bffskincare ♬ original sound – queendalisyarina (2) – Queendalisyarina
IKLAN