Tercekik tulang ketika makan, petua biasa yang dipraktikkan ramai adalah makan gumpalan nasi atau pisang.
Petua ini boleh jadi berkesan tapi mungkin juga menyebabkan masalah tercekik jadi makan serius. Ada sesetengah kes sampai hampir seminggu tulang tidak keluar.
Jadi apa cara terbaik untuk hilangkan masalah tercekik tulang ini? Perkongsian dari NH ENT Specialist boleh jadi panduan.
Tercekik Tulang Ketika Makan, Apa Perlu Buat
“Selama 15 Tahun saya di bidang ENT ni, amat banyak kes tercekik tulang yang telah saya rawat. Alhamdulillah semua selamat dan sembuh.
Ads
Hari ini,saya kongsikan tip kalau anda atau ahli keluarga dan kenalan anda terkena tercekik tulang”. Tak kisahlah tulang ikan ke, tulang ayam ke, tulang lembu atau kambing ke…Sama saja tipnya.”
1. Jangan Panik
– Sila berhenti makan walaupun makanan sedap atau mahal macam mana sekalipun.
– Jangan cuba jolok-jolok dengan jari sebab takut tulang tu lagi tertusuk ke dalam dan menyukarkan doktor untuk kenal pasti lokasi sebenar tempat tulang itu terlekat.
– Cari famili or kawan bawa ke Klinik Pakar ENT yang berdekatan pada hari itu juga/segera.
2. Jangan tunggu seminggu atau tulang hilang sendiri.
Tulang yang tersangkuk ini takkan akan hilang. Pergilah ke hospital dengan segera, kalau tunggu lama-lama, takut bernanah atau tulang pindah ke tempat lain (migration).
Ads
Jangan main-main, tulang ini boleh berjalan tau! Ada yang tercucuk masuk ke kelenjar thyroid, paru-paru, pembuluh darah. Lagi parah! (Ini kisah benar, bukan main-main)
Kalau telan nasi atau pisang kemungkinan tulang tu tercucuk makin dalam (Nauzubillah..)
3. Jumpa Doktor/ Pakar ENT
Ala…tercekik tulang sahaja, tak nak lah! Kenapa perlu jumpa ENT?
Kami perlu cari tulang ikan tersebut. Jika tulang terlekat pada bahagian atas tekak (kawasan tonsil) In shaa allah boleh terus cabut di klinik sahaja.
Jika tidak
-Perlu lakukan x-ray
-Kami perlu guna scope/kamera kecil untuk tarik tulang tu keluar dan scope tu hanya ada di klinik ENT.
-Selalunya bergantung kepada keadaan perlu atau tidak antibiotik dan ubat tahan sakit.
Ads
4. Selesai… boleh sambung makan balik. InsyaAllah.
Dr Nik Hisyam
Doktor Pakar Resdung, Sinus dan Tekak
Dari sekadar menanam pokok bunga Ros Jepun secara suka-suka, selain memenuhi masa terluang waktu PKP satu ketika dulu kini dah jadi perniagaan pula.
Lagi menarik yang mengusahakannya bukanlah wanita yang sinonim menjadi peminat bunga, sebaliknya lelaki.
Kawasan sebelah kediaman yang awalnya dihuni semak samun kini penuh dengan enam jenis ros Jepun yang mempunyai hampir 130 warna. Memang penuh warna warni kebun bunga yang terletak di Kampung Pok Wong, Besut Terengganu ini.
Hanya menanam dalam tayar terpakai yang dikutip dari kedai tayar pada permulaannya, kini kebun bunga milik Mohd Fakrul Naim atau dikenali sebagai Mat Naing penuh dengan hampir 300 buah tayar yang kesemuanya ditanam dengan pokok bunga ros Jepun.
Semua ini diceritakan oleh beliau dalam satu perkongsian di Facebook Berkebun D Rumah yang mendapat lebih 3000 tanda suka.
Dari semak samun jadi kebun bunga
Hai semua, saya Naing. Nak kongsi sikit pasal kebun Rose Jepun sebelah rumah. Naing ambil inisiatif untuk usahakan tanah kosong sikit sebelah rumah. Tanam suka-suka saja waktu PKP lepas.
Kutip tayar second hand di kedai tayar & proses jadi bekas tanaman. Pokok ni senang hidup & senang jaga. Memang sesuai untuk beginner.
Baja 1 minggu sekali & siram sekali sehari dah cukup. Cukup usia 3-4 minggu, Ros Jepun mula berbunga. Setiap pukul 10, bunga akan mekar berkembang. Naing memang collector tegar Rose Jepun. Naing ada lebih kurang “6 spesis” & “130 warna” yang berbeza.
Memang ramai sangat orang datang selfie. Tanam sebab minat saja, tak sangka pulak banyak permintaan dalam Shopee. Seorang diri usahakan & tanam kecil-kecilan dalam 300 tayar. Ramai orang tak percaya bila tahu “lelaki” yang usahakan kebun Ros Jepun ni.
Jajan kerepek gunting atau jejari udang ini memang layan kalau dimakan. Rasanya yang rangup dan pedas akan buat kita tak boleh berhenti bila dah mula makan.
Sambil tengok tv noleh habis sebalang jika tak dikawal. Memandangkan sekali makan pun boleh habis, elok juga kalau kita buat sendiri jajan ni.
Cara membuatnya tak susah mana dan dikongsi oleh Ummi Hawa. Untuk hasilkan bentuk panjang ini boleh guna mesin mee tapi jika tiada guna cara original, canai nipis dan gunting, macam stail dulu-dulu.
Buat sendiri kerepek gunting, jajan pedas rangup
Bahan-bahannya
1 kg tepung gandum (jenama apa pun boleh)
Segenggam udang kering/ udang kepai*
Ikan bilis tak sampai segenggam*
Telur 1 biji*
Jintan manis 1 sudu kecil teh*
Jintan putih 1 sudu kecil teh*
Serbuk kunyit 1 sudu dadih*
Cabai – ikut tahap pedas yang dikehendaki*
2 labu bawang besar*
Bawang putih 7 ulas*
Gula, garam secukup rasa*
Daun kari – tak sampai segenggam
Cara membuat:
1. Daun kari tadi digoreng dan ditos.
2. Kisar semua yang bertanda dengan air secukupnya.
3. Selepas hancur, masukkan daun kari dan kisar lagi tapi jangan sampai lumat sangat.
4. Tuang bahan yang dikisar dalam tepung kemudian uli hingga menjadi doh.
5. Canai dalam mesin mi. Mula-mula no. 1 kemudian no. 3 dan seterus no. 4 atau 5.
6. Dah siap boleh goreng hingga kekuningan atau kemerahan. Angkat dan tos. Simpan dalam bekas kering.
TIP
– Jika doh melekat pada mesin itu tandanya bancuhan lembik. Kena tabur tepung lagi hingga jadi sedikit keras supaya jadi macam kepingan.
Kuih tiram yang rangup dan manis ini memang ramai peminatnya. Sekali hadap memang ralit boleh habis sebalang. Jika selalu kuih tiram ini kita beli, mungkin sempena Aidiladha ini kita cuba buat sendiri.
Dikongsi oleh peniaga kuih tiram sendiri, Aznor Aznora boleh ikut resipi yang digunakan untuk jualan.
Buat sendiri kuih tiram yang rangup, berlapis cantik
Bahan-bahan
1 bungkus tepung gandum cap Ros
6 sudu makan marjerin (cairkan)
1 biji telur(kacau dulu)
1 sudu makan garam
Air sejuk secukupnya
1/2 paket minyak masak
1/2 paket tepung ubi
Minyak masak untuk menggoreng
Cara membuat
1. Gaul minyak masak dan tepung ubi hingga adunan sederhana pekat. Ketepikan dulu, bahan ini adalah untuk sapuan pada doh nanti.
2. Tuang tepung gandum dalam bekas, buat lubang di tengah-tengah. Letak garam, marjerin yang dicairkan di dalamnya.
3. Kacau dengan senduk garam dan marjerin tadi hingga garam hancur. Selepas itu baru ratakan pada semua tepung. Ramas-ramas sampai jadi seperti serbuk roti.
4. Tuang telur, gaul sekejap kemudian curahkan air sejuk sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh yang sederhana lembut.
5. Selepas itu bolehlah canaikan doh. Sapu doh yang siap dicanai nipis ini dengan bancuhan tepung ubi dan minyak tadi.
6. Seterusnya gulung doh dan barulah dipotong menjadi bahagian yang kecil.
7. Lenyek atau canaikan doh yang dipotong, kemudian bolehlah digoreng hingga garing keemasan. Angkat dan tos minyak. Biar sejuk sebelum digaul dengan gula halus.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...