Kalau di rumah ramai budak kecil, kena buat kuih ini!Popia Nestum ini memang kegemaran anak-anak. Gabungan rangup, manis dan rasa lemak susu boleh buat mereka tak berhenti mengunyah.

Memang berbaloi buat kuih ini. Lagi satu nak buat pun senang, cuma memerlukan sedikit kesabaran untuk gulung popia. Jika baru nak cuba buat kuih raya, ini antara kuih yang sesuai untuk beginner. Boleh ikut perkongsian Adriana Qistina Zamri.

Step by step buat popia Nestum

1.Ambil satu paket kulit popia. Gulungkan kulit popia panjang-panjang macam dalam gambar. Jangan gulung terlalu tebal dan biarkan ada sedikit ruang di tengah gulungan popia supaya setiap lapisan popia masak.

Popia Nestum, Kuih Raya Paling Senang Buat, Sedap & Paling Cepat Licin

Boleh gunakan lidi satay atau lidi bunga telur untuk gulungkan popia. Untuk gamkan hujung kulit popia boleh gunakan air, telur atau air bancuhan tepung.

2. Lepas dah siap gulung, gunting popia dengan potongan serong atau menegak.

IKLAN

Popia Nestum, Kuih Raya Paling Senang Buat, Sedap & Paling Cepat Licin

3. Kemudian bolehlah goreng popia dengan api yang sederhana hingga kekuningan. Jangan gunakan api yang besar sebab popia senang hangus.

Popia Nestum, Kuih Raya Paling Senang Buat, Sedap & Paling Cepat Licin

4. Selepas siap goreng popia, sementara tunggu popia sejuk, kisar Nestum 1 cawan dan gula 1/2 cawan dengan mesin pengisar kering. Kemudian campurkan Nestum dan gula tersebut dengan susu tepung 1/2 cawan.

IKLAN

Popia Nestum, Kuih Raya Paling Senang Buat, Sedap & Paling Cepat Licin

Yana guna susu Nespray. Kalau tak nak guna susu boleh tukarkan dengan Horlick ( Ini sukatan cawan saiz kecil untuk setengah bungkus kulit popia)

5. Masukkan popia yang dah siap digoreng dalam bekas kedap udara dan taburkan dengan serbuk campuran nestum, gula dan susu tadi. Pastikan popia dah sejuk. Baru taburkan campuran tadi. Kalau tak campuran akan cair dan berlengas.

IKLAN

Popia Nestum, Kuih Raya Paling Senang Buat, Sedap & Paling Cepat Licin

6. Kemudian tutup bekas dan goncangkan hingga campuran sebati dengan popia. Dah siap. 

Selain itu:  4 Langkah Buat Telur Separuh Masak Yang 'Perfect' Macam Kat Kedai Makan

Popia Nestum, Kuih Raya Paling Senang Buat, Sedap & Paling Cepat Licin

Selamat mencuba.

Sumber: Adriana Qistina Zamri.

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI