Buat Tuna Puff Cara Mudah, Guna 3 Bahan Saja. Sekejap Saja Dah Siap, Hasilnya Gebu

Share

Tuna puff ini antara pilihan yang selalu kita beli bila masuk bakeri. Sedap dan mengenyangkan.

Ia juga sebenarnya antara hidangan yang boleh kita buat sendiri dengan cara yang lebih mudah. Guna 3 bahan saja dah cukup, tak payah uli atau masak inti bagai. Caranya dikongsi oleh Shai Anne Ahemed

.

Cara buat tuna puff instant

Guna 3 bahan saja, penyediaan yang mudah, cepat dan ringkas. Bahan-bahannya;
-Roti paratha
-Tuna segera (tuna sandwich dalam tin)
-Telur

Cara membuat

1. Ambil roti Paratha, ratakan. Hiriskan kiri kanan roti paratha & tinggal kosong di tengah untuk inti tuna.

2. Letakkan tuna (saya guna tuna sandwich dalam tin) di bahagian tengah.

4. Lipat ikut gambar di bawah. Kemudian sapu dengan telur.

5. Masukkan dalam air fryer.

6. Suhu 170°c 10 minit, balikkan puff tambah masa 7/5 minit lagi bergantung pada air fryer masing-masing.

Siap memang, gebu hasilnya.

Tip: Inti tuna bole sesuaikan ikut cita rasa masing-masing. Nak buat sendiri pun boleh. Kalau nak mudah guna saja yang dalam tin.

Selamat mencuba.

Sumber: Shai Anne Ahemed.

IKLAN