
Budak-budak sekarang terutama yang masih kecil memang payah makan sayur. Jarang sangat jumpa anak-anak yang suka. Kalau diletak dalam pinggan selalunya takkan diusik.
Tapi lain pula cerita dengan anak bongsu pelawak terkenal Harith Iskandar dan Dr Jezamine Lim, iaitu Zydane Xayne Iskander. Kagum bila melihat anak baru usia 4 tahun ni boleh meratah sayur semata-mata, malah menangis pula bila hidangan sayur di pinggan diambil oleh ibunya.
Aksi itu telah dimuat naik oleh isteri Harith, Dr Jezamine Lim dalam laman instagramnya semalam. Lucu betul tengok Zydane ni merengek bila ibunya mengambil sayur dalam pinggan untuk diberi kepada abang.
Masalah yang bagus, dia tak pernah kongsi sayur dengan orang lain. Ada masa ayah dia pun beri semua sayur pada dia bila saya tak melihat,” tulis Dr. Jezamine.
“Dia satu-satunya budak dalam dunia yang makan sayur,” usik Harith pula dalam video tersebut.
Dalam pada itu video tersebut juga banyak mendapat respon dari netizen. “Cute sungguh, pertama kali tengok budak menangis nak makan sayur ini pula antara komen-komen netizen terutama wanita yang rata-ratanya kagum melihat aksi Zydane.
Sumber: drjezaminelim
3 Tahun Punya Usaha, Wanita Ini Kongsi Pelbagai Cara Dilakukan Untuk Dapat Cahaya Mata Terutama Untuk Jenis Haid Tak Teratur

Isi Kandungan
Toggle
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya menginginkan cahaya mata. Macam pelik pulak kalau ada yang tak nak.
Tapi rezeki setiap pasangan itu berbeza, ada yang sebulan lepas kahwin terus disahkan hamil, ada juga yang bertahun tahun mendirikan rumah tangga masih belum dikurniakan rezeki macam yang lalui oleh Norhasni Salim.
3 tahun berkahwin tanpa cahaya mata, dia bagaimana pun tak putus asa. Macam-macam cara dibuat hinggalah akhirnya berjaya menimang zuriat sendiri.
Tahu ramai wanita lain senasib dengannya, Norhasni berkongsi pengalaman dan usaha yang dilakukan demi mendapatkan cahaya mata terutama buat wanita yang berdepan masalah haid tidak teratur seperti dirinya.
Apa orang suggest semua beli
Langkah pertama pergi klinik
6 bulan selepas itu nampak kantung tapi…
Nak anak memang kena usaha
Keadaan ovari
Ni beza ovari normal dengan orang yang ada PCOS. Kenapa entah aku rasa nak garu garu tengok gambar ni
Inilah Clomid
Ini clomid. Certain orang panggil ubat subur. Tak jual di farmasi ye. Hanya boleh ambil atas nasihat doktor sahaja. Mula mula doktor akan bagi dos rendah (50mg) lepas tu kalau tiada tindak balas dos tinggi sikit (100mg) last (150mg). Makan masa haid hari kedua atau ketiga sampai habis haid dan makan pada masa yg sama setiap hari.
Clomid and Clomiphene Citrate ialah ubat kesuburan yang paling terkenal dan mungkin kerana ia adalah yang paling kerap digunakan. Dianggarkan 30% dari kes infertiliti yang melibatkan masalah dengan ovulasi, menggunakan clomid sebagai rawatan kesuburan.
Clomid adalah berbentuk pil menjadikan ia amat mudah diambil, murah dan berkesan dalam merangsang ovulasi.
Clomid diambil oleh wanita yang sukar hamil terutamanya kepada pesakit yang berkait dengan masalah ovulasi seperti PCOS dan juga kes dimana punca kesukaran untuk hamil tidak diketahui. Di samping itu, Clomid juga digunakan sebagai ubat perangsang untuk prosedur IUI (intrauterine insemination).
Clomid bertindak dengan menggalakan pembentukan dan pertumbuhan folikel dalam ovari dengan harapan telur menjadi matang dan seterusnya akan berlakulah ovulasi.
Herba pun ada
Ni kawan aku yang suggest. Aku makan sekali dengan clomid dengan harapan ovum yang bagus dihasilkan. Huhu.Himalaya Shatavari adalah ekstrak herba tulen. Shatavari dianggap sebagai herba yang paling berguna untuk wanita kerana ia membantu dalam mengimbangi sistem hormon wanita.
The Rejuvenative utama herba untuk wanita, Shatavari menyuburkan dan membersihkan darah dan organ-organ pembiakan wanita itu menyokong kesuburan semula jadi badan. Ia menyuburkan rahim dan ovum dan menyokong organ wanita untuk mengandung.
Ia juga menggalakkan laktasi semula jadi badan. Shatavari mengandungi phyto-estrogen, yang prekursor estrogen dan amat berguna untuk wanita yang mengalami tahap estrogen rendah semula jadi akibat menopaus, hysterectomies atau oophorectomies.
Ambil zinc juga dengan harapan boleh hasilkan ovum
Ni zinc. Aku ambil jugak dengan harapan boleh hasilkan ovum. Haha. Boleh baca kt link ni.
http://www.celiknutrisi.my/2013/05/27/bagaimana-zink-membantu-meningkatkan-kesuburan/.
Cara nak tahu waktu subur
CARA MENGGUNAKAN OPK
Celupkan strip dlm urine selama 5 saat. Kemudian tunggu dlm 3 – 8 min atau sehingga jalur merah kelihatan pada ‘test line’ dan ‘control line’.
Bila waktu sesuai utk ujian kesuburan
1) Pertama sekali, anda perlu tentukan kitaran haid ( cycle period ). Kitaran haid dikira dari hari pertama haid bulan lepas sehingga haid yg akan datang..
2) Sila rujuk carta di bawah bagi menentukan bilakah hari yang sesuai untuk gunakan OPK.
Tempoh kitaran haid/ Mula gunakan strip pada
21 hari/Hari ke 6
22 hari/Hari ke 6
23 hari/Hari ke 7
24 hari/Hari ke 7
25 hari/Hari ke 8
26 hari/Hari ke 9
27 hari/Hari ke 10
28 hari/Hari ke 11
29 hari/Hari ke 12
30 hari/Hari ke 13
3) Contohnya jika cycle period anda 28 hari, bagi yang merancang untuk hamil, anda boleh start test pada hari ke 11 (start kira dari hari pertama period), jika result positif (double line sama terang) bermakna anda dlm keadaan subur dan anda bolehlah bersama dengan pasangan ( waktu subur boleh bertahan 24 – 48 jam sehari.
Minum susu jugak ya
Susu ni susu pertama lembu ye. Memang recommended sangat untuk yang nak kurus, sihat, gastrik terutamanya. Hehe.
Eh masa raya hari tu laki ku sorang je tak sakit perut sebab dia minum susu ni. Haha
Ini merupakan perkongsian dari Norhasni, tak semestinya serasi dengan wanita lain. Sebaiknya dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mencuba ya.
Sumber: Norhasni Salim
Dr Sheikh Muzaphar Turunkan 5 ‘Ilmu’ Macam Mana Anak Kembarnya Boleh Tidur Lena Sampai Pagi. Parent Lain Boleh Ikut!

Isi Kandungan
Toggle
Seronok tengok Datuk Dr Sheikh Muzaphar melayan anak kembarnya. Tapi bab menjaganya dah tentu hanya mak ayah saja yang tahu.
Alang kan seorang baby pun tak tidur dibuatnya inikan pula ada dua baby kan. Tapi mujur Dr.Sheikh Muzafar ni doktor so ada banyak ilmu ekstra yang dia ada berbanding kita.
Bestnya angkasawan negara ini tak lokek berkongsi tip. Bagi yang mengikuti instagram beliau, pasti akan dapat baca macam-macam info berguna tentang penjagaan bayi. Salah satunya info tentang tidurkan anak.
Kalau nak tahu Dr Sheikh Muzaphar ini berjaya latih anak kembarnya ini yang baru usia 4 bulan tidur awal dan lena malah akan bangkit pagi waktu yang sama setiap hari.
Vk rasa mesti ramai parent nak tahu kan. Penting ni sebab barulah parent pun dapat tidur yang cukup terutama yang baru ada baby.
Lagi satu yang menarik, anak kembar mereka Adam dan Noah ini juga telah dilatih tidur di bilik berasingan. Tapi sudah tentulah dengan monitor untuk mereka perhati keadaan bayi di bilik sebelah.
Disebabkan ramai parent yang bertanya bagaimana mereka berjaya tidurkan bayi lama, maka beliau pun berkongsi tip ini.
Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya melatih anak kembar saya tidur hingga pagi sejak awal dilahirkan.
Adalah normal bagi bayi baru lahir hingga enam bulan untuk bangun atau terjaga dan menangis di tengah malam.
Ia mungkin kerana lampin basah, bilik terlalu sejuk atau panas dan paling biasa bayi lapar atau perkara lain yang kita tak tahu.
Kami mula melatih kembar untuk tidur di bilik berasingan sejak awal lagi. Tapi ada monitor disambungkan di bilik untuk kami lihat sekiranya mereka menangis di malam hari.
Sebelum tidur buat nih
Namun sebelum mereka tidur kami pastikan bayi kenyang dan lampin ditukar. Biasanya mereka berdua tidur pada jam 9.30-10.00 pm. Kami akan jadikan ia sebagai rutin untuk tidurkan mereka pada waktu yang sama.
Bilik dan baju baby selesa
Pastikan bilik adalah selesa untuk bayi, tidak terlalu panas atau sejuk. Mereka mungkin akan kurang selesa jika dipakaikan baju tidur yang tebal. Sebagai ibu bapa anda pasti lebih tahu.
Intai dulu kalau menangis
Sekiranya anak bangun tengah malam, perkara pertama yang dilakukan cuma melihatnya dari jauh, bukan terus mendukung mereka kecuali, tangisan bayi makin kuat.
Kadang-kala mereka cuma mengalih kedudukan dengan menangis seketika tapi tidur kembali.
Jangan tepuk
Jangan tepuk atau dodoikan bayi ketika ini kerana mereka akan tahu anda ada di situ dan akhirnya mahu anda mendukung mereka.
Kejutkan bila dah sampai waktu
Kejutkan anak pada waktu yang sama setiap hari. Anak kembar saya biasanya terjaga jam 6.00 pagi sebelum kakak mereka bangkit jam 6.30 pagi. Walaupun anak masih tidur, kejutkan mereka supaya mereka dapat ikut rutin tersebut.
Insya-Allah bayi akan dapat menyesuaikan diri dengan masa tidur mereka dan tidur lena. Setiap anak berbeza tapi rasanya mereka tiada masalah untuk mengikuti langkah ini.
Selamat berjaya!
Sumber: instagram drsheikhmuszaphar
Dua Risiko Menanti Jika Guna TV Box Secara Haram

Isi Kandungan
ToggleDalam era globalisasi di mana segala perkara kini hanya boleh diakses dengan mudah melalui hujung jari, secara atas talian (online) sahaja. Pelbagai kandungan terutama hiburan boleh diperoleh malah ada yang sanggup melakukannya secara haram kerana mahu menjimatkan kos.
Antaranya dengan melakukan penstriman secara haram dengan penggunaan ‘TV Box’ yang boleh didapati dengan harga yang amat murah. Meskipun tidak perlu membayar harga langganan tapi tahukah anda akan risiko yang menanti.
Tindakan ini bukan saja salah di sisi undang-udang tapi juga paling bahaya mereka yang melakukan penstriman haram ini seperti membenarkan penjenayah siber masuk selangkah ke dalam kediaman dan memberikan ‘kunci’ kepada mereka untuk mengakses segala data peribadi milik keluarga anda.
Penstriman Haram Jalan Pintas Buat Penjenayah Siber!
Kotak TV atau (TV Box) haram mempunyai potensi tinggi sebagai jalan utama penjenayah siber, kerana mereka tidak melakukan proses pelesenan melalui saluran yang betul.
Lebih parah lagi apabila peranti-peranti ini disediakan tanpa mengikut standard keselamatan yang ketat, yang bertindak melindungi para pengguna di platform yang sah.
Di bawah Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022, penggunaan ISD dianggap sebagai kesalahan jenayah.
Ini bermakna, setiap kali anda mengakses kandungan secara haram, anda bukan sahaja terlibat dalam perbuatan yang salah, tetapi juga berisiko menghadapi tindakan undang-undang.
Berbaloi Ke Penstriman Haram, Jika Berdepan Tindakan Undang-Undang?
Terdahulu, Astro salah satu penyedia TV berbayar terkemuka di Malaysia, telah mengambil tindakan undang-undang terhadap restoran, hotel, dan beberapa individu yang didapati menggunakan kotak TV ini untuk menstrim kandungan mereka.
Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, memandang serius bahawa cetak rompak memberi implikasi yang amat buruk terhadap industri kandungan.
Ini sekaligus memberi impak yang cukup dahsyat kepada pelaburan dalam program berkualiti, dalam masa sama meletakkan keselamatan para pengguna dalam risiko. “Jika anda ditangkap menggunakan kotak TV haram, denda yang dikenakan boleh sangat tinggi.
“Walaupun kotak TV haram kelihatan seperti cara mudah untuk mendapatkan kandungan, namun kesan yang berpotensi – daripada serangan siber hingga masalah undang-undang – menjadikannya terlalu berisiko dan tidak berbaloi,” tegasnya.
Jadi tepuk dada tanyalah selera, berbolaikah anda melakukan penstriman secara haram ini yang akhirnya akan membawa anda ke muka pengadilan hingga terpaksa berdepan tindakan undang-undang?