
Anak Abby Abadi dengan bekas suami Norman Hakim ini tak dinafikan memang cantik. Baru berusia 13 tahun tapi cukup manis mewarisi raut wajah ibunya.
Jadi tak hairanlah jika Marissa Dania ini mendapat perhatian netizen. Apatah lagi dengan penampilannya yang sentiasa sopan dan menutup aurat.
Malah ketika menyambut Syawal baru-baru ini dia tidak ketinggalan jadi tumpuan. Meski bukan artis tapi ramai yang mahu bergambar dengan Marissa bila bertemu dengannya.
Perkara ini diakui oleh ibunya Abby ketika mereka beraya di Kelantan beberapa hari lalu bila dia memuat naik foto Marissa sedang melayan permintaan ‘peminatnya’ untuk bergambar.
“@marissadania_ mcm artis dah.Ramai datang nak ambil gambar. Semoga dikenali kerana perkara yg baik-baik ye anak. aminnn,”ujar Abby dalam statusnya.
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Dalam pada itu sepanjang raya ini, Marissa sendiri tidak ketinggalan memuat naik foto OOTD di instagramnya @marissadania. Jom tengok gambar-gambar anak gadis Norman dan Abby yang manis ni.
Sumber: Instagram abby_abadi112 & marissadania_
‘Comel Rupanya Dia!’ Netizen Teruja Lihat Cik B Mekap, Sampai Lebih Sejuta Tonton Video Datuk Seri Vida!

Sebelum ini memang ramai yang mengata anak perempuan pengasas produk kecantikan Qu Puteh iaitu Datuk Seri Vida.
Mak putih tapi anak gelap, itulah yang biasa diperkatakan. Tambah pula dengan gayanya yang selalu berbaju T. Tapi kelmarin Cik B, anak jutawan kosmetik ini memaparkan sisi comel dirinya.
Dalam satu posting terbaru di instagram, Datuk Seri Vida telah berkongsi video Cik B siap bermekap hingga membuatkan netizen teruja menatapnya. Lengkap berbaju kurung berbaju kurung pulak tu, lain betul penampilan dia.
“Tengok Cik B make up? Omei tak?” tulis Datuk Seri Vida yang mendapat respon ramai netizen. Baru dimuat naik malam semalam video ini telah mendapat lebih satu juta tontonan.
Bila dah siap mekap, cantik Cik B sebenarnya, itu antara kebanyakan komen daripada netizen. Tak terkecuali memberi respon adalah artis tanah air, seperti Achey dan Zarina Zainuddin yang turut memuji kecomelan Cik B.
Sumber: instagram datoserivida
Tingkat Kreativiti Si Kecil, Wanita Ini Beri Tip Wujud Ruang Mesra Anak-Anak

Orang selalu sebut rumahku, syurgaku. Di sinilah kita membina kehidupan bersama pasangan dan anak-anak. Anak-anak perlukan kediaman yang membolehkan mereka bebas bermain dan meneroka.
Pengguna facebook yang menggunakan nama Eni Izliana berkongsi empat tip reka bentuk rumah mesra anak-anak (kids friendly home).
Tak perlu kos tinggi pun
Selalu kita dengar ibu-ibu muda yang mengeluh sebab tak dapat nak hias rumah. Alasan terhebat, kalau buat deko pun nanti serabut disepahkan semula. Jangan lah macam tu mama sekalian. Kita kena betulkan mindset kita bab mendeko rumah ni. Sebab kalau kita fikir dan renung kembali, di sinilah teratak cinta kita. tempat kita mulakan kehidupan sebagai sebuah keluarga kecil. Ada ibu, ayah,abanglong, kak ngah dan adik-adik.
Kecil atau besar suatu rumah bukan menjadi persoalan. tapi sejauh mana kita menjadikan tempat tinggal kita sebagai sebuah kenangan indah buat keluarga kita. Betul? Bayang kan lah bila kita dapat mendeko rumah kita bersama yang tersayang? Best sangat kan? Mesti terpahat ingatan si anak sudut yang di deko bersama ibu.
Sebenarnya tak susah pun nak deko rumah mesra anak-anak ni. Tidak semestinya memerlukan kos yang tinggi. Yang penting kita tau ruang yang anak-anak selalu guna. Ini apa yang Keknie buat lah.
Tip Pertama: Pilihan Lokasi
Lokasi utama untuk aktiviti harian anak-anak boleh jadi di ruang tamu atau ruang keluarga. Majoriti kita akan tempat kan anak-anak kita bermain di depan televisyen. Dah macam mana anak tak kuasai remote tv kan? Kita yang ajar dia kontrol tv tu?
Apa kata kita cuba buat sudut kecil untuk anak bermain. Sediakan rak kecik atau bakul untuk tempatkan pelbagai mainan anak-anak di sudut tersebut. Sediakan juga alas atau tikar lembut untuk khususkan atau remark sudut tersebut adalah milik anak kita.
Tip Kedua: Ruang Makan Mesra Tumpah
Ha! ini bukan masalah parent malas tau.
Ini adalah tip paling bijak. Ruang makan yang mesra kanak-kanak tak perlulah ada permaidani diva-diva. Cukup dialaskan dengan tikar vinyl yang mudah disapu atau mudah dicuci. Susah-susah sangat kita tak perlu alas pun bawah meja makan tu.
Bayangkan anak-anak makan, lepas tu tertumpah air milo lah, kuah spageti lah. Mau mama bertukar jadi serigala jadian. So, dekorasi yang mudah boleh ditumpukan pada ruang dinding sahaja. Amat digalakkan supaya ruang dinding yang dijadikan sudut tumpuan. Mat saleh cakap ‘feature wall’ .
Anda boleh gabungkan susunan bingkai keluarga ataupun bingkai kata-kata indah. Paling mesra kanak-kanak , kita gantung sahaja bingkai doa makan, zikrullah ( Bismillah, Alhamdulillah) Selain cantik di mata, menyejuk ruang.
Sejuk hati bila dengar anak-anak baca kalimah yang kita gantung. Anak sapa lah tu kan?
Tip Ketiga: Masterpiece Wall
Ada parent yang ditemui mengatakan masalah utama malas nak deko rumah sebab spoil oleh lukisan grafiti anak-anak seluruh rumah. Parents kena faham , anak-anak yang suka menconteng adalah anak-anak yang bijak. Cuma cara ekspresi kreatif dan kebijaksanaan mereka tidak dikawal dari awal.
Apa kata sediakan ruang menconteng yang agak luas . Sediakan satu sudut dinding khas untuk menconteng. Betul. Ini bukan tip gila. Tapi gila-gila. Cara-caranya mudah sahaja.
Cara pertama boleh gunakan wall stiker hitam atau gelap untuk dijadikan big black board. Anggaran luas dinding yang perlu ditampal lebih kurang 1.5m (tinggi) dan 2-3m lebar. Cukup luas dan boleh main cikgu-cikgu lagi tau.
Selain itu, boleh juga catkan ruang tersebut dengan warna gelap supaya menjadi ruang khusus untuk melakar imaginasi bersama anak-anak. Cadangan warna cat adalah seperti warna hitam,hijau gelap atau biru gelap. Terpulang pada kesesuaian tema deko rumah anda.
Tengok diorang buat macam kat gambar tu? Macam best kan? Mama pun rasa nak menconteng. Bahahah
Tip Keempat: Pemilihan Perabot
Tanpa kita sedari, perabot juga main peranan untuk keselamatan ruang pada kanak-kanak. Jenis perabot yang sesuai biasanya yang senang dicuci. Pilihan perabot plastik akan paling senang dibersihkan bila tertumpah makanan atau air.
Kita perlu perhatikan juga perabot yang mempunyai bucu-bucu tajam. Bucu tajam bukan sahaja bahaya untuk anak kecil. Tetapi juga mudah menjadi ancaman kepada anak-anak yang berumur 4 ke 8 tahun. Sebab umur macam ni memang tengah fasa bergusti tak kira tempat.
Kalau tak dapat dielakkan, bucu-bucu tersebut boleh ditutup dengan aksesori perabot yang terdapat di pasaran. Jangan bagi alasan nak buang perabot lama tu ok uolls.
So, sempena cuti sekolah menjelma ni, boleh lah kita make something NEW and FRESH untuk sambut 2019 kan?
Semoga kita dapat BANTI JANNATI menggembirakan suami dan anak-anak tersayang.
Sumber: Eni Izliana
Sudah Berkahwin Tapi Tinggal Berjauhan, Isteri Dua Kali Keguguran, Suami Ini Luah Perasaan Di Facebook

Hanya mereka yang melalui situasi tinggal berjauhan daripada pasangan sahaja yang tahu macam mana perasaannya. Rindu, sayang dan pasrah dengan keadaan. Apatah lagi apabila perpisahan itu terpaksa dilakukan kerana tugas.
Seorang pengguna facebook, Sofuan Saadon meluahkan perasaan di facebook mengenai kehidupannya yang tinggal berjauhan kerana dia bertugas di Sarawak manakala isterinya di semenanjung. Mengakui belum ada rezeki untuk bertukar tempat mengajar, guru ini akui akur dengan keadaan.
Perpisahan sementara
BAGI pasangan yang PJJ (perhubungan Jarak Jauh), inilah saat yang paling sukar. Perpisahan sementara. Demi diri, pasangan, keluarga dan kerjaya.
Masih jelas dalam ingatan aku ketika pertama kali aku balik ke Sarawak tak lama selepas berkahwin. Isteri yang menghantar aku ke stesen bas sebelum aku ke KLIA2.
Aku tahu isteri sedih dan berat nak lepaskan aku tapi kami tiada pilihan. Bini nampak kuat waktu itu. Dia cuba tahan air mata dari jatuh.
Jangan risau, nanti cuti abang balik
“Jangan risau.. Nanti cuti abang balik. Bukan selamanya di sana,” pujuk aku buat pertama kalinya.
Isteri mengangguk perlahan. Aku renung mata isteri dalam-dalam. Sinar mata yang penuh pengharapan.
Isteri menangis semahu-mahunya
Rupa-rupanya selepas hantar aku dan bergerak tinggalkan Terminal Aman Jaya itu, isteri berhenti di tepi jalan dan menangis semahu-mahunya.
Itulah perpisahan sementara kami selepas sah menjadi suami isteri. Isteri tak dapat kawal perasannya. Dia lepaskan segalanya pada ketika itu. Apabila dia kembali tenang, barulah dia teruskan pemanduan ke rumah sewanya.
Aku perasan, dari hari ke hari, isteri seakan sudah reda dengan pemergian aku untuk mendidik anak bangsa. Dia nampak akur melepaskan aku pergi.
Kita jauh, berlainan tanah
Namun, situasi kali ini agak berbeza.
Hampir sebulan aku dengannya dan sama seperti kali pertama dahulu, dia seakan tak mahu lepaskan aku pergi. Mahu tidak mahu, aku terpaksa mengulang ayat-ayat yang biasa aku katakannya dalam dua tahun ini.
“Abang pergi bukan untuk seronok-seronok. Cari nafkah untuk keluarga kita.. “
“Kita memang jauh, berlainan tanah. Tapi setiap hari kita boleh dengar suara. Sayang tahu abang buat apa..”
“Sekarang ni masa cepat. Nanti cuti abang balik lagi..”
Ya Tuhan, tolong jagakan dia untukku.
Isteri keguguran dua kali
Berkahwin pada 2016, Sofuan memaklumkan bahawa isterinya telah dua kali keguguran. Namun guru ini tetap berdoa supaya ada rezekinya suatu hari nanti untuk mempunyai anak.
“Semoga rezeki saya berpindah tempat mengajar akhir tahun ini. Semoga kami cepat peroleh zuriat dan dapat tinggal sebumbung sama seperti pasangan lain. Perit PJJ lain tanah ni.”
Tip pasangan PJJ
Cikgu Sofuan memberikan tip bagi pasangan yang tinggal berjauhan supaya kekal harmoni tanpa perasaan curiga atau cemburu antara satu sama lain
1)Kena pupuk perasaan percaya kepada pasangan sendiri. Jangan biar hati curiga.
2)Berhubung setiap hari dengan kemudahan telefon bimbit yang ada.
3)Saya amalkan cara isteri kena beritahu ke mana dia nak pergi. Saya tak halang dia ke mana-mana pun, cuma perlu maklumkan.
Ucapan buat isteri
Kepada isteri tersayang, Hazira Zarai.
Abang sedar yang sudah banyak sayang berkorban untuk keluarga. Abang sedar dah banyak urusan keluarga yang sayang lakukan sendiri. Sayang benar-benar wanita yang berdikari. Setelah hampir tiga tahun kita PJJ, abang harap sayang dapat bersabar sedikit masa lagi. Insya Allah, abang tidak selamanya di sini. Satu hari nanti abang pasti akan dapat bersama sayang satu bumbung seperti pasangan bahagia yang lain. Sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya. Abang tahu sayang sunyi. Sudah dua kali nyawa dihadirkan dalam rahim sayang tapi Allah lebih menyayanginya. Belum rezeki kita lagi. Semoga kita dikurniakan zuriat secepat yang mungkin bagi mengisi kekosongan yang ada. Semoga kita berdua terus tabah menghadapi ujian kecil ini. Sofuan Saadon, Suamimu..
VK rasa kalau VK pun tak sanggup nak tinggal berjauhan daripada pasangan. Ermmmmm tak sanggup wei. VK doakan pasangan ni dapat tinggal sebumbung, kerja dekat-dekat. Barulah jadi institusi rumahtangga yang lengkap. Amin.
Sumber: Sofuan Saadon