Bukan Buli Suami, Tapi Prinsip Rumahtangga Yang Mereka Pegang Buat Johan Rajin Tolong Ozlynn Bereskan Kerja Rumah

Share

 

 

Bagi yang mengikuti perkembangan pasangan selebriti ini memang akan tahu bahawa Johan ini memang jenis tak berkira buat kerja rumah.

Selalu saja Ozlyn ini berkongsi video Johan suaminya melakukan kerja rumah, layan anak, masak dan paling kerap basuh baju.

Apa sebenarnya rahsia si Ozlyn ni sampai suami boleh lembut hati nak tolong buat kerja rumah? Ha bukan sebab jampi serapah atau queen control tau tapi sebab kesepakatan jadikan kerja rumah tanggung jawab bersama.

Perkara ini dikongsi oleh Ozlyn dalam satu entri diinstagramnya.

Sebagai contoh katanya tugas mencuci pakaian sudah lama menjadi tanggungjawab suami sejak tidak punya mesin basuh sehinggalah sekarang.

Malah ujarnya kerja rumah ini bukan saja dilakukan oleh mereka suami isteri tapi anak-anak dan ia telah jadi rutin yang dirasakan tidak pernah menyusahkan diri.

Nampak tak dia bahagia buat kerja rumah

Lagi tinggi lagu tu, lagi kuat la dia berus baju tu.. Nampak tak betapa dia bahagia buat kerja umah. So korg toksah la buat andaian sendiri yg aku buli laki. Memang dari zaman takde mesin basuh sampai sekarang mesin pengering pon ada kat umah..

Baju putih memang kami berus guna tangan, lebih puas sebab bersih dan takde istilah menyusahkan diri sebab dah jadi rutin. Malas? Bukan kitaorang. Keje rumah buat sama-sama even anak-anak pun buat sama baru seronok..

Ni kadang kerja rumah dah macam jadi tanggungjawab 100% kaum ibu sebab kaum adam cakap dia penat carik duit, ehhh habis yang kita dok meneran, bertarung nyawa utk lahirkan zuriat diaorang? Semua sebab adat.

Susah senang rumah tangga kena rasa sama-sama

Orang perempuan kena buat semua kerja rumah, sok anak ko berderet, dah tak sempat jaga diri, laki tak sempat ko nak hidang makan. Dah laki cakap ko dah tak macma dulu dan laki pon cuci mata kat tempat lain.. acaner tuh???

So yg terbaik biar sesama rasa nikmat berumahtangga susah senang, penat lelah sesama, baru la kita hargai pasangan kita… pengorbanan suami & isteri…

Buat kaum Adam ada rezeki lebih jangan kedekut dengan isteri tau, lagi banyak yg dicurah, disedekahkan makin bertambah rezeki yg tidak disangka-sangka. Ha kaum isteri bila suami layan baik tu malam belanja la…? Takkan tu pun aku nak ajar lagi.

Siap menyanyi lagi

Kopek ikan bilis pun kerja Johan

Suap anak pun dia

Untuk pasangan suami isteri lain terutama yang baru berumahtangga kena praktik prinsip ini. Barulah susah senang sama dirasa bak kata Ozylyn.

Sumber:jozlynnhanania

 

 

IKLAN