Bagi yang mengikuti perkembangan pasangan selebriti ini memang akan tahu bahawa Johan ini memang jenis tak berkira buat kerja rumah.
Selalu saja Ozlyn ini berkongsi video Johan suaminya melakukan kerja rumah, layan anak, masak dan paling kerap basuh baju.
Apa sebenarnya rahsia si Ozlyn ni sampai suami boleh lembut hati nak tolong buat kerja rumah? Ha bukan sebab jampi serapah atau queen control tau tapi sebab kesepakatan jadikan kerja rumah tanggung jawab bersama.
Perkara ini dikongsi oleh Ozlyn dalam satu entri diinstagramnya.
Ads
Sebagai contoh katanya tugas mencuci pakaian sudah lama menjadi tanggungjawab suami sejak tidak punya mesin basuh sehinggalah sekarang.
Malah ujarnya kerja rumah ini bukan saja dilakukan oleh mereka suami isteri tapi anak-anak dan ia telah jadi rutin yang dirasakan tidak pernah menyusahkan diri.
Nampak tak dia bahagia buat kerja rumah
Lagi tinggi lagu tu, lagi kuat la dia berus baju tu.. Nampak tak betapa dia bahagia buat kerja umah. So korg toksah la buat andaian sendiri yg aku buli laki. Memang dari zaman takde mesin basuh sampai sekarang mesin pengering pon ada kat umah..
Baju putih memang kami berus guna tangan, lebih puas sebab bersih dan takde istilah menyusahkan diri sebab dah jadi rutin. Malas? Bukan kitaorang. Keje rumah buat sama-sama even anak-anak pun buat sama baru seronok..
Ni kadang kerja rumah dah macam jadi tanggungjawab 100% kaum ibu sebab kaum adam cakap dia penat carik duit, ehhh habis yang kita dok meneran, bertarung nyawa utk lahirkan zuriat diaorang? Semua sebab adat.
Ads
Susah senang rumah tangga kena rasa sama-sama
Orang perempuan kena buat semua kerja rumah, sok anak ko berderet, dah tak sempat jaga diri, laki tak sempat ko nak hidang makan. Dah laki cakap ko dah tak macma dulu dan laki pon cuci mata kat tempat lain.. acaner tuh???
So yg terbaik biar sesama rasa nikmat berumahtangga susah senang, penat lelah sesama, baru la kita hargai pasangan kita… pengorbanan suami & isteri…
Buat kaum Adam ada rezeki lebih jangan kedekut dengan isteri tau, lagi banyak yg dicurah, disedekahkan makin bertambah rezeki yg tidak disangka-sangka. Ha kaum isteri bila suami layan baik tu malam belanja la…? Takkan tu pun aku nak ajar lagi.
Dalam kehidupan berumahtangga, masa berkualiti memang sangat penting untuk diluangkan bersama pasangan. Apabila ada masa berkualiti, maka hidup berpasangan akan jadi lebih indah. Apatah lagi apabila usia semakin meningkat. Sememangnya perlu untuk luangkan masa dengan insan paling rapat dengan kita.
Seperti penyanyi rock wanita nombor 1 tanah air, Ella, dalam instagram baru-baru ini memberikan tip untuk luangkan masa berkualiti dengan suami.
Tak semestinya mahal
Menurut Ella, luangkan masa berkualiti dengan pasangan tidak semestinya perlukan aktiviti yang mahal dan berbelanja banyak. Hal itu tidak semestinya boleh memberikan momen dan suasana bernilai. Dia dan pasangan ada kalanya hanya pergi berkelah, melawat zoo atau sekadar menikmati alunan muzik dan pantai. Itu pun sudah cukup membahagia buatnya.
Tontonlah video Ella dan suami duduk bersantai sambil menyanyi serta bermain gitar. Nampak romantik sungguh pasangan ni.
Masa yg berkualiti tak semistinya perlukan aktiviti yang mahal dan berbelanja banyak untuk momen dan suasana bernilai .
Adakalanya kami berkelah , melawat zoo dan sekadar menikmati alunan muzik dan pantai .
Btw lagu ini , menggamit kenangan waktu kami bercinta dan pernah juga putus kecewa di waktu masa yg lalu @slankdotcom ??. #selamatberhujungminggu #peaceloverindu #azharella #kutakbisa #slank #slankers
Baru beberapa bulan meninggalkan alam yang fana ini, ternyata anak kepada arwah Azmil Mustapha, Alya Iman tidak mampu menahan rasa rindunya. Lantas media sosial menjadi perantara untuk dia bercerita mengenai insan yang dekat dengan jiwanya itu.
Bergilir 3 siri penceritaan, setiap satunya menjelaskan betapa gigihnya pelakon filem Ali Setan itu membesarkan anak-anaknya termasuk ketika mereka sekeluarga berhijrah ke Syria satu ketika dulu.
4 bulan selepas saya dilahirkan, ayah dan ibu bercerai. Ayah memutuskan untuk jaga kami 4 beradik termasuk saya yang berumur 4 bulan ketika itu. Ayah bekerja keras di rumah untuk memberi semua keperluan kami.
Jawapan melalui mimpi
5 tahun kemudian ayah berdoa kepada Allah dan bertanya kepadanya soal masa depan. Allah menjawab melalui mimpi-mimpinya. Ayah bermimpi pergi ke Syria dan pada masa itu tiada yang tahu di mana Syria. Semua orang menganggap ayah gila untuk pindah di sana tetapi ayah tetap lakukan. Ayah buat apa sahaja untuk mencari wang. Ayah bawa 3 anaknya dan berpindah ke Damsyik Syria.
Ayah tiada pekerjaan
Ayah pergi ke sana untuk belajar agama dan budaya Arab. Ayah tiada pekerjaan untuk mendapatkan wang tetapi ayah percaya bahawa Allah ada untuk membantunya. Ayah terus berdoa dan tidak pernah berputus asa. Memang ada masa yang sukar yang harus kita lalui. Anggap itu satu pengajaran untuk kita. Kami suka suasana di Damsyik yang cantik, budaya, makanan, indah sekali. Begitu banyak kenangan manis. Kami tak mahu kembali ke Malaysia tetapi selepas 6 tahun di sana kami tak ada pilihan. Kami kembali ke Malaysia kerana perang telah bermula dan tidak selamat untuk kita tinggal di sana.
Ikut ayah ceramah
Apabila kami kembali ke sini, semua saudara kandung saya sudah dewasa. Mereka mula menjalani hidup sendiri dan saya masih di sekolah rendah. Jadi saya tinggal berdua bersama ayah. Ayah mula berceramah agama di seluruh negari untuk mendapatkan wang dan saya ikut ke mana sahaja ayah pergi.
Saya mengalami kesukaran sekembalinya saya ke sini kerana tidak pernah faham budaya sekolah di sini dan segala-galanya. Saya juga dibuli di sekolah tetapi saya berjaya bertahan. Beberapa tahun kemudian, sesuatu yang teruk berlaku kepada saya. Saya tidak mahu sebut tetapi sangat buruk sehingga saya mengalami kemurungan dan perlu ambil ubat selama tempoh tertentu.
Ayah keluar masuk hospital
Kemudian ayah saya sakit. Ayah keluar masuk hospital untuk beberapa waktu dan saya terpaksa menjaga ayah. Saya tidak fokus pada pelajaran saya. Ketika ayah tidak sihat, kami alami masalah kewangan. Saya sangat takut dan saya terus bertanya kepada ayah apa yang harus saya buat? Ayah suruh saya berdoa kepada Allah untuk mendapatkan bantuan. Sekali lagi Allah tunjukkan jalan. Saya mula buat modelling. Sejak kecil, saya selalu berangan untuk berada dalam bidang
modelling. Tak pernah sangka akan berlaku. Sejak buat modelling, saya dapat jaga ayah yang sakit ketika itu.
Kerja untuk cari duit
Saya dapat surat dari sekolah. Ada bil tertunggak dan keputusan saya corot kerana tidak menumpukan perhatian. Saya tiada pilihan selain berhenti sekolah. Saya bekerja dan belajar di rumah. Saya sedih kerana saya nak jadi pelajar biasa. Tapi saya bersyukur kerana dapat bekerja
dan menjaga ayah saya.
Ayah di tempat yang lebih baik sekarang
Saya sangat bahagia kerana dapat luang banyak masa bersama ayah, ada banyak kenangan manis, saya dapat berikan semua keperluannya. Saya sangat gembira kerana berada di sana untuknya selama beberapa hari terakhir. Sekarang saya bersendirian di sini. Tapi saya gembira kerana saya tahu dia berada di tempat yang lebih baik sekarang. Saya tidak perlu risau.
Sebab utama kenapa saya menulis pasal ayah ialah kerana saya sangat rindu pada ayah. Saya
suka menulis dan menyatakan perasaan saya. Saya bukan meraih simpati orang. Saya cuma nak
berkongsi dengan anda dan mungkin anda boleh belajar sesuatu daripada cerita saya.
Ayah hadapi terlalu banyak dugaan
Kedua, ini hanyalah ringkasan kisah hidup saya yang masih muda. Namun pada usia semuda ini,
saya dah nampak betapa ayah telah melalui banyak kekejaman di dunia ini. Ayah harus
menghadapi banyak orang dengan teruk tapi sikit pun ayah tak pernah merungut pada saya. Ayah
tidak pernah menyalahkan saya walaupun saya adalah sebab utama dia kena lalui semua ups and
downs. Jadi, setiap kali anda susah, ingatlah itu semua ujian daripada Allah.
Ayah sangat positif
Ketiga, ayah adalah orang yang sangat positif. Dia percaya apa pun yang berlaku Allah sentiasa
ada. Jangan berhenti berdoa kepada Allah. Ini juga peringatan untuk diri saya sendiri kerana saya
tidak sebaik ayah.
Hargai selagi mereka masih hidup
Keempat, saya berumur 17 tahun. Saya dah lalui banyak ranjau dalam hidup. Kepada semua, sila
hargai apa yang ada dalam hidup. Walaupun perkara yang anda anggap kecil. Misalnya apa yang
anda makan untuk makan malam sekarang. Ketika anda masih berpeluang untuk menghargai ibu
bapa anda ketika mereka masih hidup, pergi peluk mereka. Ramai yang tak ada apa untuk
makan malam atau tidak ada ibu bapa.
Minggu lalu anak Datuk Ziela Jalil, Dr. Puteri Julia Nabilah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan hatinya Dziya Faqhran Mahmod Fauzi.
Meski tidak banyak berkongsi foto-foto perkahwinan anaknya, namun produser ini semalam memuat naik video ketika majlis akad nikah anak Puteri Julia.
Dinikah oleh adiknya sendiri, mendengar lafaz yang ucapkan Megat Jufri Nasrullah sebagai wali dalam keadaan tenang membuatkan ramai rasa sebak dan sayu.
Ibarat terlaksana sudah tanggungjawab ditinggalkan oleh arwah bapanya Tan Seri Megat Junid yang meninggal dunia 10 tahun yang lalu.
“Abang, anak lelaki kita sudah pun dewasa. Dia berjaya melaksanakan tanggungawab yang abang tinggalkan dengan baik. Saya pasti abang bangga dengannya. Semoga syurga firdaus tempatmu Allahyarham suamiku Megat Junid Megat Ayob.
Demikian tulis Datuk Ziela dalam kapsyen di instagram.
Video yang dimuat naik Datuk Ziela itu mendapat lebih 800k tontonan sejak semalam. Selain ramai yang terharu dan sebak melihat momen akad nikah itu, peminat juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kerana sudah menerima menantu.