Travel

Bukan Maldives Hanya Di Langkawi Tapi Percutian Datuk Siti Nurhaliza & Aafiyah Tarik Perhatian Netizen

Share

 

Kebiasaan bagi selebriti berkongsi momen percutian indah mereka terutama jika ke luar negara.  Antara lokasi percutian hebat selalu dikongsi golongan ini adalah di Maldives.

Tapi berbeza pula dengan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang baru-baru ini dilihat bercuti sekeluarga. Menariknya ia bukan di Maldives sebaliknya hanya di pulau Langkawi, pun begitu tapi ia tetap menarik perhatian netizen.

Melalui posting Datuk Siti, dia bersama dengan Datuk K dan anak tersayang menghabiskan masa mereka di Dash Resort Langkawi, resort di tepi pantai yang pemandangannya memang cukup memukau.

Rasanya ini kali pertama Datuk Siti bercuti dengan Siti Aafiyah. Seronok tengok famili nih.

Family photo dulu

 

Pemandangan & Tok Ti sama cantik

 

 

Bestnya bersiar-siar atas kapal layar

 

 

Ariff pun ada

 

Berdua saja…

 

Seronok tengok Tok Ti bercuti. Tak kisahlah kat mana pun bercuti sebenarnya asal dapat bersama dengan insan tersayang. Betul tak?

 

Sumber: IG  ctdk

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN