Bungkus Guna Tisu Lepas 2 Minggu Dalam Peti Sejuk, Strawberi Masih Segar, Tak Kulat & Berair!

Share

Kebiasaannya strawberi menjadi buah tangan pilihan terutama bagi penggemar atau pembuat manisan kala berkunjung ke tanah tinggi Cameron Highland.

Harganya yang jauh lebih murah menjadi faktor utama untuk memborong buah berwarna merah ini.

Namun begitu, yang sering menjadi dilema adalah bagaimana mahu menyimpan strawberi ini supaya tahan lebih lama, tidak berair dan berkulat.

Perkongsian dari seorang wanita Rahayu Rusli memberitahu tip menyimpan strawberi yang tahan selama satu minggu atau dua minggu bergantung pada kesegaran buah berkenaan.

Dia turut memberitahu tip untuk tahu buah berkenaan segar atau tidak dengan melihat daunnya.

Jika daun berwarna hijau, tiada kekuningan atau hitam, tanda buah berkenaan masih segar.

Tip Simpan Strawberi Tahan 2 Minggu Masih Segar

1. Sediakan strawberi, bekas makanan dan tisu. Gunakan tisu seperti gambar di bawah.

Bahan diperlukan.

2. Buat lubang di bahagian bawah bekas makanan seperti ini supaya udara boleh keluar masuk dan tiak ada air yang bertakung.

Buat lubang

3. Ambil buah, dan balut sebiji-sebiji dengan kemas menggunakan tisu. Pastikan semua permukaan tertutup.

 

4. Kemudian atur dan letakkan dalam bekas makanan yang telah ditebuk tadi. Susun elok-elok supaya tidak terbuka.

5. Akhir sekali simpan dalam peti sejuk. Keluarkan apabila kita mahu gunakannya nanti.

Inilah hasilnya, strawberi masih kelihatan segar walaupun sudah disimpan selama dua minggu.

Artikel berkait:

Mudahnya Buat Benih Strawberi, Boleh Tanam Sendiri

Cara Elak Buah Mangga Berulat & Busuk, Praktik Guna Panadol Saja

IKLAN