Dah pulas rapat tap tapi air paip tetap menitis. Ini antara masalah paip yang biasa dihadapi di rumah sama ada paip di dapur atau dalam bilik air. Rugi kalau dibiarkan mengalir begitu saja.

Sebaiknya kerosakan ini dibaiki segera. Sebenarnya tak perlu pun panggil plumber kerana  ia boleh saja dibaiki sendiri. Panduannya ada dikongsi Yan Lan, memang mudah saja pun.

Cara baiki sendiri air paip yang menitis walau tap dah tutup rapat

Cara Baiki Sendiri Air Paip Yang Menitis Walau Tap Dah Tutup Rapat

1. Pertama sekali sebelum buka skru paip, tutup dulu punca air. Kemudian baru buka cap guna skru mata leper.

Cara Baiki Sendiri Air Paip Yang Menitis Walau Tap Dah Tutup Rapat

2. Selepas buka cap, keluarkan skru menggunakan screw driver mata Phillip. Jika tiada screw driver bersesuaian boleh saja pusing ikut lawan jam untuk keluarkan valve dalamnya.

Cara Baiki Sendiri Air Paip Yang Menitis Walau Tap Dah Tutup Rapat

IKLAN

3. Brand yang mahal akan guna valve dari tembaga bukan plastik.

Cara Baiki Sendiri Air Paip Yang Menitis Walau Tap Dah Tutup Rapat

Cara Baiki Sendiri Air Paip Yang Menitis Walau Tap Dah Tutup Rapat

4. Bila dah keluarkan valve, kita akan dilihat di dalamnya ada 3 barang. Inilah yang selalu punca air menitis. Ia berlaku boleh jadi sebab tersekat dek keladak. Boleh ganti atau cuci (boleh beli di hardware).

Cara Baiki Sendiri Air Paip Yang Menitis Walau Tap Dah Tutup Rapat

IKLAN

Cara Baiki Sendiri Air Paip Yang Menitis Walau Tap Dah Tutup Rapat

4. Selepas ganti, masuk ikut slot yang betul atau ikut lubang yang betul. Paling penting bahagian kilat kena bersemuka. Kemudian masukkan seal.

Cara Baiki Sendiri Air Paip Yang Menitis Walau Tap Dah Tutup Rapat

5. Selepas itu masukkan semula valve tadi. Boleh pusing guna tangan. Kemudian pasang skru dan cap tadi.

IKLAN

Cara Baiki Sendiri Air Paip Yang Menitis Walau Tap Dah Tutup Rapat

Siap!

Cara Baiki Sendiri Air Paip Yang Menitis Walau Tap Dah Tutup Rapat

Boleh juga tonton video TikTik Yan Lan di sini.

@xovovic menitik menitik menitik.. naik la bil air lama lama cmni.. nk tukar semua?? sabar dulu!! guna kaedah ni!! #tapwater #faucet #diy #diymalaysia #lifehack #kitabuatdia #fyp ♬ Doge – Chris Alan Lee

Selamat mencuba.

 

Selain itu:  Makeover Dapur Versi Bajet, Kos Tak Sampai RM800. Hasilnya Dapur Kecil Nampak Luas & Kemas
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI