Ketika mengisi minyak kereta kebanyakan daripada kita akan memilih RON95 berbanding RON97 memandangkan harganya yang lebih murah.
Tiada masalah pun menggunakan minyak RON95 ini tapi pesan pakar automotif Datuk Ir Hj Mohammad B. Dalib yang juga Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ sekali sekala tangki perlu isi juga minyak RON97 untuk memastikan kereta mendapat kelajuan dan jarak yang optimum.
“Bila kita selalu pakai RON 95 akan berlaku proses carbonize. Sebab kita akan memandu dalam kawasan bandar, kelajuan hanya sekitar 60-70km. Kita takkan boleh memandu 100-120km sepanjang masa.
“Dalam kelajuan tersebut, ia akan mengumpul carbonize. Sekali sekala bila kita mengisi minyak RON 97 ia akan membakar habis carbonize. Inilah yang baik.
“Kita akan dapat isi penuh minyak dengan jarak yang lebih. Sekiranya tidak, jarak akan semakin menurun. Contohnya kita hanya dapat 380km perjalanan untuk satu tangki sedangkan sepatutnya 480km,”kata Datuk Ir Hj Mohammad dalam satu sesi wawancara bersama Radio IKIM.
Ads
Dalam pada itu seorang influencer automotif yang dikenali sebagai Gu Lee turut menyarankan hal yang sama. Namun memberi penerangan yang berbeza.
“Tak boleh hanya guna RON95 sahaja, sekali sekala kena pakai RON97 juga untuk jaga piston enjin kereta,” pesan beliau dalam hantaran tersebut.
Ads
Jelas Gu Lee, RON95 yang dijual pada harga murah bagi seliter petrol mempunyai kandungan ‘octane’ lebih rendah berbanding RON97.
“RON95 memang ekonomi sebab harganya murah, tapi ia kurang kandungan ‘octane’,” katanya.
Ujarnya lagi, kandungan ‘octane’ yang ada pada minyak petrol dapat menggurangkan enjin kenderaan daripada ‘knocking’.
Ads
Perkara itu berlaku kerana ‘octane’ yang masuk ke dalam enjin kenderaan dapat mengurangkan geseran pada bahagian omboh (piston) sekali gus membuatkan bahan api terbakar dengan sekata.
Bagi rumah teres biasanya akan ada sedikit halaman atau ruang kosong di dalam pagar rumah. Ada yang menggunakannya untuk bercucuk tanam dan ada juga yang membiarkan saja ruang tersebut hingga penuh rumput.
Daripada dibiar begitu saja hingga menyakitkan mata, ada baiknya buat path maker seperti yang dilakukan oleh Ben Safwan untuk ruang di luar rumahnya. Caranya boleh DIY ikut perkongsian beliau.
DIY path maker untuk ruang luar rumah
Buat path maker untuk ruang 20×5 kaki bermula hari ini. Tujuannya untuk letak pokok bunga dan jalan sahaja. Pavement mould beli di Shopee, tingginya 3.5 cm.
Proses mula dengan korek keluar tanah 4-5 cm. Perlahan-lahan habiskan. Kemudian levelling balik guna batu kerikil campur pasir ketika nak letak mould untuk samakan ketinggian dan sudut curam dengan konkrit porch asal.
Memandangkan buat kerja sorang,kena banyak guna akal dari guna tenaga. Tolak simen pun pakai troli ( buat sewaktu wardrobe ) dan gaul simen macam biasa guna drill.
Simen gaul dengan nisbah 1:3 (1 simen guna 3 bahagian pasir sungai kasar). Air lebih kurang 7.5 liter. Tak perlu BRC sebab kalau ada tertanya-tanya. Tengok tujuan di atas.
Dah level dengan batu kerikil tadi,letak mould dan bagi rata cantik. Baru sapu mould dengan minyak masak/minyak hitam supaya senang diangkat dan kemas.
Isi simen dan ratakan dengan sudip/kayu basah. Biar 3-4 minit kemudian boleh angkat. Senang ada dua mould. Mudah buat kerja.
Bahagian tepi sekali, lorek sendiri sahaja. Senang.
Untuk finishing, mungkin letak clear shellac batu.
Untuk bahagian celah, akan diletakkan simen dan spray air. Tujuan untuk elak rumput keluar.
Acuan path maker
Selain acuan path maker di atas ada lagi pelbagai jenis acuan. Boleh pilih ikut cita rasa.
Cara betul beri anak makan ubat ini mungkin tak semua ibu bapa tahu walaupun anak dah ada dua atau tiga orang anak. Terutamanya ubat jenis cecair.
Biasanya bila nak beri anak makan ubat cecair kita akan celup picagari dan tarik ke kuantiti yang doktor tetapkan. Kemudian terus masukkan dalam mulut anak.
Sebenarnya cara yang biasa kita buat ini adalah salah. Mungkin juga kerana cara ini masalah kesihatan anak selalu berulang.
Demikian info dikongsi oleh Tengku Wdec yang bertemu dengan doktor selepas anaknya selalu sangat demam, batuk dan selesema.
Cara betul beri anak makan ubat cecair
1. Perasankan selama ini ubat cair biasanya ada penutup transparent plastik. Penutup ini ada gunanya bukan untuk hiasan.
2. Setiap kali ambil ubat tuang dalam penutup itu dulu ikut kuantiti yang doktor sarankan.
3. Kemudian baru ambil picagari dan tarik ubat melalui penutp ini tadi. Bukan terus masukkan picagari dalam botol ubat!
Kalau ada lebih jangan masukkan balik dalam botol. Jangan sesekali celup picagari dalam botol ubat yang berlainan tanpa membasuhnya terlebih dahulu.
Menurut doktor, ubat akan hilang manfaatnya bila kita mencelup satu picagari dalam ubat yang berbeza. Ibarat memberi anak minum air gula saja. Mungkin sebab ini demam, batuk atau selesema anak lambat hilang.
Bendi goreng memang sayur kegemaran ramai tapi kalau tak betul cara masak, sayur ini akan berlendir. Ini menyebabkan bendi jadi lembik dan kurang rangup. Tak syok makan.
Untuk elakkan sayur bendi yang digoreng ini jadi sedemikian boleh ikut tip yang dikongsi oleh Mohd Rozmie.
6 tip goreng bendi supaya tak berlendir semasa digoreng
Basuh bendi dahulu sebelum potong. Untuk kekalkan kesegaran bendi masukkan 1 sudu garam dan rendam sekejap.
2. Toskan bendi dan biarkan kering. Kalau nak cepat, boleh keringkan dengan tisu dapur. Jangan dipotong lagi bendi tersebut.
3. Jangan goreng bendi dengan bawang besar untuk elakkan berlendir.
4. Waktu masukkan bendi dalam kuali baru dipotong. Kalau potong awal bendi akan lebih berlendir
5. Selepas masukkan bendi dalam kuali, besarkan api, goreng dalam keadaan api sedikit besar.
6. Jangan dimasukkan air dalam bendi yang digoreng, sebab bendi itu sendiri akan berlendir. Kalau ditambah air menyebabkan lendir makin banyak.
Cara masak bendi goreng bilis yang sedap dan segar
Bahan-bahannya:
Bendi
1 keping tauhu putih
Ikan bilis (segenggam)
6 ulas bawang putih (ketuk/ potong kasar)
1 biji cili merah (potong serong nipis)
Garam
Cara membuat:
1. Panas minyak dalam kuali.
2. Masukkan bilis dan goreng bilis sehingga keperangan.
3. Bila ikan bilis dah keperangan masukkan tauhu basah yang dipotong dadu.
4. Bila tauhu keperangan baru masukkan bawang putih. Tumis sampai bahan-bahan ini garing sedikit. Masukkan sedikit garam, sesuaikan rasanya. Garam jangan lebih kerana bilis dah masin.
5. Masukkan bendi yang dah dipotong dan cili merah, baru dibesarkan api. Gaul bendi hingga sebati dengan bahan tadi.
6. Siap
Tip lain untuk elak bendi berlendir
Boleh masukkan 2-3 hiris asam keping atau air asam jawa.