Cara Bakar Kek Atas Dapur Gas, Yang Penting Ada Periuk Besar, Api Kecil!

Share

 

Takde oven nak masak kek? Takde masalah! Boleh saja bakar kek dalam periuk guna dapur gas.

Sebenarnya ini jugalah cara yang digunakan oleh orang tua kita dulu untuk masak kek. Dan kek pula elok saja kejadiannya.

Bagi yang tiada oven tapi nak masak kek, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Nor Elyani Ramli. Resipi mungkin sama tapi cara masak kek atas dapur itu yang penting (baca tip dulu bahagian bawah ya

). Cantik & gebu kek dia.

Kek Marble Masak Atas Dapur Gas

Bahan-bahan:

1 cawan margerin (saya guna cap Pelangi )
1 cawan gula
2 cawan tepung naik sendiri (diayak)
1 sudu kecik esen vanilla
5 bijik telur size B
2 sudu besar susu cair
Pewarna hijau & merah

Cara membuat:

  • Pukul gula dgn margerin sampai kembang, masukkan esen vanilla & susu cair.
  • Masukkan telur sebijik demi sebijik & pukul sampai sebati. Akhir sekali masukkan tepung yang dah diayak.
  • Kemudian bahagikan adunan kepada 3 bahagian utk letak pewarna. Tuang adunan dalam loyang (corak ikut cita rasa).

  • Ambil periuk besar yang boleh muatkan loyang, letak atas dapur. Masukkan loyang dalam periuk dan tutup periuk.
  • Masak dengan api yang kecil dalam 45 minit. SIAP.

Tip penting

1) Periuk kena tutup semasa bakar/masak kek
2) Tak perlu letak air, kalau letak air jadi stim/kukus
3) Boleh letak alas bahagian dalam periuk dengan tudung periuk / pasir atas apa-apa petua yang mak-mak kita ajar sebelum letak loyang kek.  Tapi saya letak loyang kek direct dalam periuk.

4) Kek saya masak dalam tempoh 45 minit, kalau kek belum masak dalam waktu itu, tambah masa 5 ke 10 minit lagi.
5) Saya tak panaskan periuk sebelum masuk loyang kek, kalau ada yang nak panaskan dulu, terserah.

Sumber: Nor Elyani Ramli

IKLAN