Cara Bancuh & ‘Kirai” Roti Jala Supaya Tetap Lembut Walaupun Dah Semalaman

Share

Hidangan roti jala memang selalu dihidang, baik untuk makan pagi atau petang. Cicah dengan kuah kari memang gabungan mantap.

Bagi yang suka buat roti jala dalam jumlah banyak untuk makan sampai ke petang atau malam tip dari T-hah T-hah

kena praktik supaya roti jala kekal lembut.

Malah kalau nak buat malam untuk hidangan pagi hari pun tiada masalah. Roti jala tetap lembut tak keras. Caranya boleh ikut perkongsian beliau yang juga menjual hidangan ini.

Cara bancuh & ‘kirai’ roti jala supaya kekal lembut

Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum
2 biji telur A
1/2 tin susu cair(1 cawan)
150ml minyak masak
1500ml air
Sedikit garam
Pewarna kuning telur

Cara membuat:

1.Satukan semua bahan, kisar hingga sebati. Sedia untuk dimasak.

2.Sediakan kuali non stick. Jika guna kuali leper seperti masak daging burger lengser sedikit minyak masak pada kiraian yang pertama. Seterusnya tak perlu.

3.TIP PENTING; jika nak buat makan waktu pagi boleh kirai atau buat waktu malam. Boleh mula jam 10 malam.

4.Selesai ‘mengirai’, biarkan roti betul-betul sejuk baru tutup bekas. Insya-Allah takkan basi. Boleh juga sejukkan bawah kipas.

Selamat mencuba.

Sumber: T-hah T-hah

 

IKLAN