Cara Bancuh Tepung Untuk Cempedak Goreng. Peniaga 20 Tahun Kongsi Rahsia Sukatan Yang Diguna

Share

Sekarang musim cempedak, buah ini kalau digoreng memang sedap. Tapi jika beli, harga cempedak goreng ini memang mahal. Ada yang jual seketul RM1, sampai kita berkira nak beli.

Supaya puas makan dan lebih jimat eloklah beli saja cempedak sebijik dan goreng sendiri. Nak dapat cempedak goreng yang hasilnya macam peniaga tepi jalan tu boleh saja. Ikut sukatan yang dikongsi oleh Yayar Awang Noh.

Sukatan inilah yang beliau gunakan untuk berniaga gorengan sejak 20 tahun. Ujarnya bancuhan ini boleh digunakan untuk sebiji cempedak atau dua sikat pisang.

Sukatan bancuhan tepung untuk cempedak goreng

Tepung bancuhan ini yang keluarga saya buat niaga hampir 20 tahun. Jom makan petang bertemankan cempedak goreng. Untuk cempedak bancuh kena pekat sedikit dari pisang.

Bahan-bahan

2 cawan tepung beras
Suku cawan tepung gandum
1/2 sudu serbuk kunyit
Sedikit kapur makan
1 sudu besar gula
1 sudu garam
1 biji telur ayam/itik
Kelapa parut atau bijan (jika suka)

Cara membuat:

1. Satukan semua bahan.

2. Gaul sebati, boleh tambah kelapa parut dan bijan ketika ini jika suka (lagi sedap). Kalau

3. Masukkan ulas cempedak ke dalam adunan dan gaul hingga bersalut rata.

4. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan warnanya. Angkat dan tos minyak, sedia dihidang.

Selamat mencuba.

 

IKLAN