Cara Betul Bangun Dari Katil Selepas Tidur, Ramai Bangkit Cara Salah Hingga Jadi Punca Sakit Belakang

Share

Bila usia dah meningkat sikit, ramai yang mengeluh sakit belakang.

Selain faktor usia, salah satu sebabnya adalah posisi tubuh salah yang selalu kita praktikkan. Ini termasuklah cara kita bangun dari katil selepas bangkit dari tidur.

Selalu berkongsi tip tentang rawatan fisioterapi, Ainphysio melalui akaun TikTok beliau berkongsi info tentang kesalahan yang selalu dilakukan ketika bangkit dari tidur hingga boleh menyebabkan sakit belakang.

Cara bangun yang salah

Menurut beliau daripada keadaan baring, ramai yang terus bangkit dan  menegakkan badan bahagian atas yang mana cara ini salah.

Cara bangun sebegini kata Ain akan memberi risiko pada tulang belakang dan lama kelamaan ia akan menyebabkan sakit pada bahagian tersebut.

Cara bangun yang betul

Cara betul bangun selepas tidur baring adalah dengan mengiring ke sebelah dan menggunakan tangan untuk tolak dan bangun.

Boleh lihat cara dalam video ini.

@ainphysio Biasanya orang akan bangun dengan cara betul bila dah sakit belakang #TikTokGuru #LearnOnTikTok #JomBelajar #WomensDay ♬ Sea Shanty Medley – Home Free

Semoga bermanfaat

Sumber: Ainphysio

IKLAN