Cara Betul Cuci Toto Atau Bed Comforter Di Dobi Layan Diri. Pilih Suhu Air & Dryer Yang Sesuai

Share

Kalau dulu nak basuh toto, narita atau bed comforter kita akan hantar ke dobi. Tapi sekarang sejak ada dobi layan diri kita basuh sendiri saja.

Cuma untuk basuh toto, narita atau comforter di dobi sebegini tak bolehlah main sumbat saja. Ada caranya. Berikut adalah panduan yang boleh kita gunakan untuk cucian jenis ini di dobi layan diri.

1. Periksa label pada comforter untuk memastikan ianya sesuai untuk cucian mesin dan suhu air yang dibenarkan.

2. Pastikan tiada bahagian yang terkoyak atau tetas jahitan – ini untuk mengelak bahagian yang terkoyak menjadi lebih besar.

3. Pre-wash – cuci kotoran yang kelihatan (stain) menggunakan cecair pencuci. Sapu sabun pada kotoran dan cuci dulu.

4. Masukkan comforter ke dalam mesin basuh.

4. Untuk cucian yang lebih berkesan, guna mesin basuh yang besar dan satu mesin basuh untuk satu comforter.

5. Pilih suhu basuhan mengikut kesuaian fabrik. Untuk yang ada masalah alahan, dicadang menggunakan cucian air hangat/panas untuk membunuh hama (dust mite).

6. Masukkan sabun dan pelembut fabrik di inlet masing-masing. Gunakan sabun yang lembut (mild).

7. Selepas selesai cucian, keringkan menggunakan mesin pengering pada suhu yang tinggi (high temperature) atau mengikut kesesuaian fabrik. Suhu pengeringan yang tinggi juga boleh membunuh hama.

8. Untuk pengeringan yang lebih efisien, guna mesin pengering yang besar dan satu mesin pengering untuk satu comforter.

9. Periksa kekeringan comforter sebelum pusingan tamat. Tambah tempoh masa pengeringan mengikut keperluan.

10. Masa pengeringan yang dicadangkan adalah 27 – 30 minit. Pastikan fabrik kering sepenuhnya untuk mengelakkan pertumbuhan kulat.

11. Cara lain adalah dengan menjemur comforter di bawah cahaya matahari yang terik selama beberapa jam untuk mengeringkannya.

Sumber: Bubble Laundrette Station 18

 

IKLAN