Cara Betul Pakai Topeng Muka Elak Virus Pastikan Bahagian Biru Di Luar, Dalam Putih!

Share

 

Belum habis wabak Influenza, tersebar pula virus Novel Coronar. Keduanya boleh mengancam nyawa justeru kita semua diminta menjaga diri dan kebersihan untuk mengelak dari dijangkiti.

Salah satu langkah penting perlu dipraktikkan pada waktu penularan wabak ini adalah pemakaian topeng muka.

Memang ramai yang akur namun sayangkan ramai yang salah memakainya menyebabkan kita tak dapat perlindungan sepenuhnya.

Menurut wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Profesor Seto Wing Hong pemakaian topeng muka memang berkesan untuk memastikan kita selamat dan mengelakkan virus dari tersebar tapi syaratnya ia mesti dipakai dengan betul.

Begini cara pemakaian yang betul topeng muka menurut beliau.

INFO

  • Topeng muka mempunyai dua bahagian. Biru di luar kerana ia kalis air manakala bahagian putih di dalam, jadi bila batuk ia menyerap.
  • Bila memakai topeng muka pastikan bahagian biru di luar dan putih di dalam.
  • Letak bahagian tepi yang tebal di atas hidung dan picit supaya ia melekap pada hidung. Kemudian tarik topeng ke bawah, pastikan ia menutup hidung dan mulut.
  • Topeng muka tidak boleh diulang pakai. Buang selepas sekali penggunaan.
  • Selain itu membuka topeng juga ada caranya, pegang hanya bahagian tali kerana bahagian topeng telah tercemar, kemudian terus buang ke dalam tong sampah.
  • Basuh tangan selepas memegang topeng muka terpakai.

 

IKLAN