Cara Botolkan Sambal Supaya Boleh Tahan Sampai 6 Bulan, Tanpa Guna Bahan Pengawet

Share

Perkongsian Nurul Fazlina, usahawan sambal ini memang cukup berguna untuk peniaga dari rumah yang lain. Beliau berkongsi cara untuk membotolkan sambal supaya tahan lama tanpa menggunakan bahan pengawet.

Cara yang digunakan ini ujarnya membolehkan sambal kekal elok untuk dimakan selama 6 bulan di luar pada suhu bilik. Kaedah ini sesuai dipraktikkan bukan saja untuk usahawan  tapi untuk simpan sambal bagi kegunaan sendiri.

Cara botolkan sambal supaya tahan lama

Jom nak kongsi macam mana saya ‘bottling’ produk sambal tanpa menggunakan bahan pengawet. Insha Allah boleh bertahan selama 6 bulan di luar dengan suhu bilik.

1. Botol-botol kaca yang hendak digunakan mesti dibasuh dulu.

2. Didihkan air dalam periuk besar untuk isi botol kemudian rebus botol kaca selama 20 minit. Rebus juga penutupnya selama 20 minit.

3. Selepas 20 minit angkat botol dan toskan sehingga air betul-betul kering. Tos juga penutup botol.

4. Kemudian bolehkan isi sambal dalam botol tadi.

5. Dah isi siap sambal, tutup dengan penutup. Kukus botol berisi sambal ini selama 20 minit.

6. Setelah selesai kukus, angkat dan biarkan sambal sejuk kemudian barulah sealed dengan plastik.

Sambal yang dah siap dibotol dan dilabel.

Semoga bermanfaat.

Boleh juga lihat video langkah demi langkah yang dikongsi oleh Nurul Fazlina di SINI.

 

IKLAN