Ayam masak kicap memang ada banyak versi dan biasanya mesti berkuah. Tapi rupanya yang tak berkuah atau kering katanya lagi sedap.
Nak tahu cara masak ayam kicap tak berkuah? Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan. Resipi beliau ini mendapat hampir 41k perkongsian di Facebook, punyalah ramai suka.
Cara buat ayam masak kicap versi kering
Tak ada orang tak tahu cara nak masak ayam masak kicap, tapi setiap orang cara masaknya berlainan. Saya suka ayam masak kicap yang tak berkuah. Lagi kering lagi suka! Jadi, ni cara saya.
Bahan-bahan: (2-3 orang makan)
½ ekor ayam
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
5 ulas bawang putih
5 biji bawang merah ros
1 inci halia
3-4 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
Cara membuat
1. Bahan segar dipotong kasar, dan ditumis sehingga naik aroma.
Ads
2. Ayam kena potong kecil-kecil supaya cepat masak. Kalau nak lagi cepat, guna bahagian dada sahaja. Cuma kena ingat, bahagian paha, kepak, leher dan kakilah yang paling sedap. Tumis ayam.
3. Bila nampak ayam kuning, capai kicap lemak manis dan curah atas ayam. Agak-agak sahajalah. Kalau tak suka makan manis, guna kicap lemak masin. Saya gunakan api besar. Sentiasa gaul ayam.
Ads
4. Masukkan sos cili, sos tomato masukkan.
5. Gaul sampai ayam diyakini masak. Kalau tak masin, tambah garam. Ayam ni kita nak dia pekat dan kalau boleh sampai kering. Kuah dia semua nanti lekat pada ayam. Oh, saya letak sikit bawang Holland.
Ads
6. Bila dah kering, letaklah apa-apa daun. Biar nampak rupa sikit. Kalau tidak, gelap je kejadiannya. Kalau ada hijau sikit, merah sikit, baru menyelerakan. Siap! Dah boleh hidang.
Tak semua rumah ada kabinet dapur siap pintu. Ada saja yang hanya ada table top manakala ruang bawah terlopong. Nampak semua barang yang disimpan.
Kalau tak susun elok-elok boleh kelihatan serabut. Selalunya untuk jimat ramai akan buat langsir guna velcro tape dan macam-macam lagi.
Satu lagi yang boleh dicuba adalah buat sendiri saja pintu bawah table top ini. Modal pun tak banyak tak sampai RM100.
Idea ini dikongsi oleh Sanggar Bayu yang berdepan masalah langsir penutup table top yang asyik tercabut sebelum ini.
Sebagai penyelesaian dia mendapat idea membuat sendiri pintu slidding mudah bagi menutup ruang bawah table top. Tak perlu guna drill atau paku. Hanya pakai gam khusus saja. Boleh ikut perkongsian beliau ya.
DIY mudah pintu tutup ruang bawah table top
Barang yang digunakan adalah rail aluminium – boleh beli di kedai aluminium. Ukur siap-siap, beli total dalam 14 kaki RM35. Boleh minta potong sekali.
2. Playwood ukuran 6 mm – beli di hardware. Ukur dulu dan boleh potong sekali.
3. Gam – beli jenis ini.
4. Gamkan rail aluminum sebagai asas pintu slidding. Rail aluminium ini buat bahagian atas dan bawah. Gam dan sendal sampai kering lebih kurang 4-5 jam.
5. Kemudian baru baru masukkan plywood, boleh terus tampal wall paper. Ukuran plywood ini ngam-ngam dengan rail aluminium.
7. Letak pemegang pintu, dan sebaiknya buat lubang angin supaya ruang bertutup tak lembap dan berkulat. Pemegang pintu dan wallpaper beli di kedai Eco RM2. Total modal tak habis pun RM100.
Bagi yang tinggal di kediaman bertingkat, ruang untuk menyidai baju selepas dibasuh selalunya agak terhad. Ramai yang terpaksa meletakkan penyidai baju di balkoni hingga tiadalah ruang untuk bersantai mengambil angin.
Bagi yang tak mahu balkoni penuh dengan alat penyidai kain yang memakan ruang boleh gunakan idea daripada Nordin Nj ini.
Beliau menggunakan rod langsir Ikea yang ubah untuk menjadi penyidai baju. Bagusnya idea ini, selepas baju kering, boleh simpan rod dan balkoni bebas digunakan untuk bersantai. Modal pula cukup murah RM25 saja.
Ini barang yang digunakan
Boleh beli di sini
Cara pasang pun mudah
Hasilnya
Bila kain dah kering, angkat dan kemaskan rod langsir pada bracket.
Pokok besar yang ada berdekatan dengan kediaman memang agak berisiko. Selalunya ia akan ditebang. Tapi masalah yang sering terjadi selepas ditebang ada anak pokok akan tumbuh kembali pada bahagian pangkal. Malah tak mustahil akan terus membesar jika tak dicantas selalu.
Bagi mengelakkan masalah ini, Uzayr Ezra berkongsi satu kaedah untuk ‘mematikan’ terus pokok besar ini. Beliau berkongsi cara tersebut dalam satu hantaran yang dibuat di Facebook Tukang Apa Hari Ini.
Katanya kaedah tersebut dikongsi oleh kontraktror Majlis Bandaraya Shah Alam yang membuat kerja penebangan pokok besar sekitar kawasan perumahannya.
“Caranya dengan menggunakan chainsaw buat alur petak seperti di dalam gambar selepas menebang pokok. Sampai sekarang memang tidak ada anak pokok yang tumbuh,”terang beliau yang mendapat info tersebut selepas bertanya kepada kontraktor terbabit.
Kaedah ini menurutnya tak perlu mengggunakan racun dan lebih selamat.
Foto Nordin Anie
Dalam pada itu di bahagian komen terdapat juga yang berkongsi cara lain untuk mematikan pokok yang sudah ditebang. Antaranya dengan menyapu diesel dan menuang minyak tanah pada pangkal pokok untuk mempercepatkan pereputan. Selain boleh juga menggunakan kaedah bakar tunggul.