Nampak kecil saja di mulut tapi seksanya Tuhan saja yang tahu bila terkena ulser. Dalam masa menunggu ia sembuh seminggu dua ramai kalangan kita yang mencuba pelbagai petua untuk hilangkannya. Terutama bila ubat yang kita beli dari farmasi dilihat macam tak berkesan.

Paling seksa adalah petua letak garam pada ulser. Memang mengalir air mata menahan sakit  tapi hairannya ramai yang sanggup melakukannya kerana cara ini dikatakan paling cepat menyembuhkan ulser.

Bagaimana pun kalau anda tak sanggup melakukan petua tersebut ada saja cara yang lebih selamat dan tak menyakitkan untuk meredakan masalah ulser dengan cepat. Bahan-bahannya boleh cari di rumah saja.

1. Madu

Sapu sedikit madu pada ulser atau campur dengan sedikit kunyit. Madu bersifat antimikrob yang dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut.

IKLAN

2. Berkumur dengan air kelapa

5 Rawatan Di Rumah Untuk Redakan Masalah Ulser Mulut Dengan Cepat

Berkumur dengan air kelapa kemudian sapukan sedikit minyak kelapa terus pada ulser. Minyak kelapa ialah pelembap semula jadi. Ia membantu mengekalkan kelembapan dan mencegah dehidrasi. Ia juga membantu mengurangkan parut dan mempercepatkan proses pertumbuhan tisu baru.

IKLAN

3. Aloe Vera

Sapu gel aloe vera pada ulser. Tumbuhan ini adalah sumber anti bakteria dan anti keradangan yang boleh membantu menghilangkan masalah ulser secara semula jadi. Kalau ulser terasa menyakitkan boleh sapukan gel aloe vera ini untuk menghilangkan rasa sakit hampir serta merta.

4. Uncang teh

5 Rawatan Di Rumah Untuk Redakan Masalah Ulser Mulut Dengan Cepat

IKLAN

Boleh juga gunakan uncang teh yang telah digunakan lalu ditekap ada ulser. Bahan beralkali yang ada dalam teh dapat membantu meneutralkan asid yang menyebabkan rasa sakit akibat ulser.

5. Air garam

Kalau tak berani guna garam, boleh buat larutan air garam dan berkumur-kumur dengannya lebih kurang 30 saat. Yang ni takdelah sakit sangat.  Lakukan 2 atau tiga kali sehari.

Selain itu:  Guna Siku Tekan Lif, Nampak Pelik Tapi Ini Cara Elak Dari Dijangkiti Virus

Info

Dapatkan rawatan doktor berhampiran jika ulser mulut berlanjutan dan tidak sembuh melebihi tiga minggu atau kerap berulang. Begitu juga jika ulser menjadi lebih menyakitkan dan berwarna merah bagi mengenal pasti sekiranya terdapat masalah lain.

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI