Cara Buat Bakso Homemade, Resipi Original Dari Seberang. Sambalnya Pedas Padu!

Share

Selain mi atau bihun sup, hidangan bakso juga biasa kita nikmati. Lagi sedap kalau dapat sambalnya yang pedas dan banyak bebola dagingnya. Memang kenyang.

Kalau anda antara penggemar bakso, eloknya juga belajar buat sendiri bakso ikut resipi ini original daripada seberang ini, perkongsian Fara Amirullah.

Bahan sup bakso

Bawang besar – 2 biji
Garlic in olive oil – 2 sudu makan
Halia 2 inci
Lada hitam 1 sudu makan

Cara membuat:

  • Kisar halus semua bahan.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi. Masukkan 2,3 helai bay leaf.
  • Dah naik bau masukkan air (ikut cita rasa). Saya masukkan 3 jag pengisar. Letakkan juga garam sedikit. Sup bakso ni tak perlu masak sedap-sedap sebab nanti kita akan seimbangkan rasanya dengan kicap, sos and sambal bakso.

Bahan untuk bebola daging bakso

Daging kisar – 250gm
Tepung ubi – 3 sudu makan
Garlic in olive oil – 1 sudu makan
Lada putih – 1/2 sudu makan
Putih telur – 1 biji
Garam secukup rasa

Cara membuat:

  • Kisar ke semua bahan sampai halus, tuang adunan ke dalam mangkuk and uli. Bentukkan.
  • Nak senang pakai senduk spagetti. Tekan adunan daging yang dah diuli pada lubang tengah kemudian sudu kan bebola yang terbentuk itu terus ke dalam sup. Senang mudah ringkas!

  • Masak sampai daging empuk. Rupa daging memang tak cantik, itu menandakan daging betul-betul lembut tak banyak tepung. Bebola bakso jangan banyakkan tepung, tak sedap!
  • Kalau malas nak uli, boleh beli bebola bakso yang dah siap. Tuang terus dalam sup.

Bahan bambal bakso

Cili api – 20 batang
Cili padi – 10 batang
Cili kering – 5 batang
Bawang putih – 2 ulas
Apple cider – 1/2 sudu makan
Garam secukup rasa

Cara membuat:

  • Kisar halus semua bahan.
  • Awasnya cili ini pedas gila! Kalau tak tahan pedas kurangkan kuantiti cili.

Sambal bakso
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng

Bihun

Celur bihun dgn air panas sekejap and toskan. Kalau nak pakai mee pun boleh.

Bahan sos

Sos cili
Kicap (patutnya pakai kicap pekat)

Cara penyediaan bakso

Satukan bahan di dalam mangkuk, sesuaikan rasa sos cili, kicap and sambal. 3 bahan ni yang penting dalam bakso.

Sedapnya!

Sumber: Fara Amirullah

IKLAN