Salah satu hidangan luar negara yang sudah diterima ramai di negara ini adalah churros. Menariknya kita juga suka membuat perubahan mengikut citarasa atau menjadikannya lebih menarik.
Sebagai contoh, kalau selalu kita makan churros dalam bentuk jejari ia turut diolah menjadi bebola yang makin rangup hasilnya. Tambah lagi bila dicicah dengan sos coklat likat.
Cara buat bebola churros dengan sos likat
Bahan-bahan
200 g tepung gandum
400 g air
35 g butter Anchor
2 biji telur
1 1/2 sudu besar gula
3/4 sudu kecil garam
Bahan sos coklat likat
300 g susu cair
3 sudu besar gula
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
80 g milk choc Beryls (dark pun boleh)
Ads
Cara membuat
1. Dalam kuali , satukan air, butter, garam & gula. Masak hingga mendidih.
2. Kecilkan api, masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang sebati.
3. Alihkan doh ke dalam bekas , masukkan 2 biji telur dan mix hingga sebati (boleh guna mixer). Kalau nak sebatikan guna senduk pun boleh, cuma memerlukan lebih tenaga.
4. Dah sebati, masukkan dalam piping bag. Guna Nozzle 9 F untuk hasilkan bentuk bebola.
Ads
5. Jika nak guna nozzle lain pun boleh . Jika nozzle kecil, churros akan jadi memanjang tapi rangup. Jika nozzle besar, churros akan jadi montok, rangup di luar, lembut berongga di dalam.
6. Guna api sederhana Bila minyak dah panas, paipkan adunan sepanjang 1 inci & potong dengan gunting. Buat sampai penuh kuali.
7. Pastikan minyak tidak terlalu panas ketika mula paip. Supaya churros tidak overcooked kat luar, dalam tak masak. Churros juga akan “pecah” jika suhu awal terlalu panas.
Antara nasi goreng kegemaran ramai terutamanya anak-anak adalah nasi goreng Cina. Cuma tak semua mahir buat nasi goreng ini.
Bagi yang nak cuba buat sendiri di rumah nasi goreng Cina ini boleh ikut perkongsian Har Ryea. Menu ini katanya jadi kegemaran anak-anak kerana tak pedas. Cara membuatnya juga ringkas tapi sedap sangat.
Cara buat nasi goreng Cina yang mudah
Bahan-bahan
Nasi Bawang putih – 5 ulas besar (ketuk dan cincang halus) Serbuk Maggi Cukup Rasa – 2 atau 3 sdb Minyak Bijan – 1 atau 2 sdb Udang Segar Telur – 4 atau 5 biji Sayur campur – 1 mangkuk
INFO : Kuantiti bahan bergantung pada kuantiti nasi yang digunakan. Jika banyak lebihkan bahan-bahan.
Cara membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sampai naik bau dan garing sikit.
2. Masukkan udang, biarkan masak sekejap.
3. Ketepikan udang, masukkan telur. Kecilkan api sedikit supaya telur masak elok. Kemudian pecah-pecahkan telur tadi.
4. Masukkan nasi dan sayur campur, gaul rata.
5. Taburkan Maggi Cukup Rasa, kacau sekejap.
6. Masukkan minyak bijan & kacau lagi.
7. Sesuaikan rasa, boleh tambah serbuk Maggi Cukup Rasa atau minyak bijan ikut cita rasa. Siap.
Bagi yang selalu memasak, cuba tengok papan pemotong terutama yang plastik. Selalunya akan ada kesan kotoran kuning dan hitam kerana kerap digunakan untuk persiapan memasak.
Kotoran pada papan pemotong jenis plastik ini biasanya susah dihilangkan walaupun telah dicuci berkali-kali dengan sabun. Takkan nak guna peluntur pulak kan.
Jadi berikut adalah cara untuk membersihkan kotoran hitam pada papan pemotong yang kotor. Hanya guna tiga bahan yang ada di dapur, terus jadi bersih! Selamat pun selamat.
Bahan-bahan:
Limau nipis
Baking soda
Cuka
Langkah-langkah:
1. Ambil buah lemon kemudian belah dua.
2. Seterusnya tabur baking soda pada permukaan papan pemotong.
3. Gosok papan pemotong menggunakan potongan limau tadi. Biar selama 10 minit.
4. Ambil potongan limau dan gosok lagi pada permukaan papan pemotong.
5. Seterusnya tuang cuka. Gosok lagi sehingga semua kotoran hilang. Boleh juga guna berus besi untuk menyental untuk lebih berkesan.
6. Bilas hingga bersih. Hasilnya papan pemotong anda kelihatan lebih bersih dan macam baru.
Asyik menu ayam goreng je, kita buatlah lain sikit terutama untuk anak. Buat ayam bakar macam ni pula.
Mudah sangat cara membuatnya cuma gaul dengan sos yang ada di rumah dan bakar dalam oven.
Tapi pesan empunya resipi Fazilawati Binti Padzil kalau nak cuba, jangan buat sikit nanti tak cukup! Rasanya macam ayam bakar Pizza Hut!
Cara buat ayam bakar paling senang tapi sedap
Bahan-bahan
12 ketul ayam
2 sb cili kisar
5 sb sos cili (saya guna Kimball)
1 sb sos tomato
1 sb sos tiram
1/2 sb serbuk perasa (saya guna Hilal)
1 1/2 sb gula
1 sk garam
2 ulas bawang putih – tumbuk kasar
Bahan kisar kasar
1 sb biji ketumbar
1 sb lada hitam
Cara membuat:
1. Gaulkan ayam dengan semua bahan hingga rata. Lagi sedap perap semalaman.
2. Bakar pada suhu 180°c – 200 °c selama 40 minit. Boleh gunakan api atas bawah 30 minit dan 10 minit atas sahaja. Tempoh ini dah cukup untuk ayam masak luar dan dalam.