Cara Buat Bihun Goreng ‘Koboi’ Yang Sedap, Guna Satu Rencah Saja

Share

Tekak rasa nak makan bihun goreng tapi rencah tak berapa nak ada. Kalau macam tu boleh buat bihun goreng koboi ni. Bihun goreng yang ringkas sangat.

Rencah tak perlu macam-macam, letak satu bahan saja iaitu ikan bilis terus jadi sedap. Resepi perkongsian Hana A Razak ini sesuai sangat bagi yang nak ceoat masak atau bahan lauk kat dapur tak berapa nak ada.

Cara buat bihun goreng koboi, guna satu rencah saja

Bahan-bahan:
2/3 paket bihun
1 mangkuk kecil ikan bilis
3 sudu cili kisar
2 biji bawang merah- hiris
2 biji bawang putih- hiris
2 biji telur
1/2 batang lobak merah- hiris
Kicap
Garam
Air

Cara membuat:

1.Cuci bersih ikan bilis, kemudian tumbuk separuh hancur

2.Panaskan minyak, goreng ikan bilis dulu bagi garing sikit. Guna satu rencah ini saja. Nak ganti udang kering pun boleh.

3. Dah garing, baru tumiskan bawang yang dihiris nipis. Bawang dah layu baru masukkan cili kisar, tumis hingga cili masak dan pecah minyak.

4. Dah naik minyak, masuk kicap dalam sesudu untuk beri warna sambal cantik. Kemudian bolehlah letak sayur apa yang ada, lobak merah pun dah ok.

5. Masukkan air, banyak pun takpa sebab bihun ini rendam air biasa bukan air panas. Dah mendidih, pecahkan telur 2 biji.

6. Kemudian baru masukkan bihun. Kacau rata dan masukkan pula garam. Gaul sebati.

7. Siap, bihun koboi.

Selamat mencuba.

Sumber: Hana A Razak

IKLAN