Mesti ramai yang lama tak makan bubur putih bubur merah ini. Gabungan rasa manis dan juga lemak santan memang enak. Letak semangkuk sekejap saja licin.
Biasanya kalau buat bubur ini, kuantitinya akan dilebihkan untuk sedekah pada ahli keluarga dan juga jiran. Jomlah buat petang ni. Caranya mudah sangat. Kalau tak pernah cuba boleh ikut perkongsian Ummi Querniea.
Cara buat bubur putih bubur merah
Bahan-bahan
2 cawan beras biasa
1 cawan beras pulut
250g santan pekat
10 cawan air( ikut kepekatan bubur)
2 ketul gula melaka
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir (boleh kurangkan) k
Garam secukup rasa
Daun pandan
Ads
Cara membuat
1. Beras putih dan beras pulut dicampur dan cuci bersih. Masukkan air dan masak hingga jadi bubur. Letak daun pandan sekali.
2. Bila bubur sudah masak, asingkan sedikit bubur tadi ke dalam periuk lain dan masukkan santan serta garam secukup rasa. Masak semula hingga mendidih. Ini bahagian untuk bubur putih.
Ads
3. Dalam periuk lain masak gula merah, gula putih dan gula melaka bersama sedikit saja air. Bila sudah larut tapis.
4. Kemudian masukkan dalam periuk bubur yang banyak, untuk membuat bubur merah. Letak sedikit santan anggaran 1 – 2 senduk kecil untuk rasa lemak.
Ads
5. Untuk menghidang masukkan bubur merah dalam mangkuk atau bekas dan tambah bubur putih di tengah. Bubur merah kena banyak ya, baru sedap makan sebab rasa manis berlemak.
Bila melalui kawasan pencawang elektrik kita pasti perasan pada kabel yang panjang itu akan ada bola-bola dipasang. Kita sendiri mungkin tertanya-tanya, apa tujuan bola itu dipasang di sepanjang wayar pencawang tersebut.
Menjawab kemusykilan tersebut bekas jurutera elektrik Paul Montgomery berkongsi info tentang fungsi bola yang dikenali sebagai Aerial Marker Ball.
Menurut beliau bola itu dipasang bertujuan untuk menjadi penanda aras keselamatan untuk pesawat, kapal terbang, belon udara panas atau penerjun udara.
Ia berfungsi untuk memberikan amaran visual kepada mereka yang berkenaan ini yang terbang rendah ( low-flying aircraft) supaya tidak melanggar kabel.
Warna yang biasa digunakan ialah warna oren, merah atau putih. Ia dapat dilihat oleh juruterbang pada jarak kedudukan beberapa ribu meter. Kapal terbang atau pesawat kebiasaannya akan terbang lebih rendah di lokasi gunung, lembah, tasik, sungai serta kawasan yang semakin hampir dengan lapangan terbang atau tempat mendarat.
Penanda bola itu diperlukan sebagai panduan kepada juruterbang supaya tidak berlanggar dengan wayar yang sukar untuk dilihat dari jarah jauh.
Nampak dari bawah kecil ,tetapi saiznya tidaklah seperti yang kita bayangkan.
Daripada sumber Federal Aviation Administration (FAA) bola penanda mempunyai saiz standard diameter tidak kurang dari 36 inci yang juga bersamaan dengan 91 cm. Saiz yang lebih kecil pada diameter 20 inci atau 51cm dibenarkan untuk dipasang sekiranya wayar itu hanya berketinggian 15 meter.
Bola ini juga mempunyai perbezaan dari segi warna dan ianya bergantung kepada lokasi pencawang.
Warna standard yang biasa digunakan ialah oren, kuning dan putih dan untuk dikawasan lembah dan sungai, pencawang ini dipasang dengan bola yang bercampur warna antara oren, putih dan kuning tadi.
Kedudukan bola pada pencawang dirancang untuk mudah dilihat pada jarak 4000 kaki atau 1219 meter radius ( jarak sekeliling antara pesawat) supaya ianya mampu dilihat oleh juruterbang dari setiap sudut.
Bola ini berjarak antara 61 meter dengan bola yang lain, tetapi ia dipasang lebih dekat sekiranya di lokasi kritikal seperti lapangan terbang, lembah sungai dan sebagainya. Kedudukannya dikurangkan sekitar 10 hingga 15 meter.
Selepas perkongsian ini, diharapkan anda dapat mengetahui sesuatu yang baharu untuk hari ini. Sememangnya apabila kita melihat pemandangan udara, terutamanya diwaktu siang, ianya adalah satu pemandangan yang menarik apabila melihat bola tersusun cantik di permukaan udara.
Ia seolah-olah kita melihat bola yang berterbangan diudara. Namun ternyata ianya bukanlah bertujuan untuk pemandangan kerana ianya dipasang dalam keadaan yang sangat berisiko.
Ianya memerlukan kepakaran dan pengalaman yang sewajarnya, ia bukan sahaja melibatkan risiko ketinggian tetapi pekerja berhadapan dengan aliran eletrik pada kadar beri-ribu volt yang mungkin terkena kepada pekerja tersebut.
Selain bebola ini, terdapat juga penanda kepada kabel, yang dikenali sebagai Balisor. Balisor merupakan sistem lampu yang menyala, dan mempunyai fungsi sama seperti bebola penanda.
Masalah lipas terutama di bahagian dapur memang buat kita risau. Iyalah tempat kita memasak dan simpan barang makanan. Lipas ini pula sifatnya kotor. Nak pakai penyembur tak sesuai pula takut masuk dalam makanan.
Tapi satu cara mudah yang kita boleh buat untuk halau lipas di dapur atau bahagian lain dalam rumah malah kereta juga. Cuma guna dua bahan saja iaitu gula dan baking soda, caranya dikongsi Iza Abu Bakar.
Stres bila nampak lipas merayap rayap di dalam rumah especially area dapur kan.
Menurut kajian, di dalam perut lipas ada cacing halus dan lembut.
Kalau kita pukul atau halau lipas tu dengan penyapu ke kertas ke kemungkinan cacing ni akan keluar dari perut lipas tadi dan mencari rumah baru untuk membiak. Cacing ini tak boleh nampak dengan mata kasar sebab saiznya yang kecil.
Satu cara nak hapuskan lipas ini adalah menggunakan cara ini.
2. Campurkan dua dua bahan tersebut dalam satu bekas. Gaul sebati.
3. Kemudian letak bekas ini tempat gelap yang menjadi laluan lipas. Ataupun boleh saja taburkan campuran bahan ini di laluan lipas.
Fungsi gula akan menarik minat lipas untuk makan dan baking soda pula akan membunuh lipas secara senyap setelah memakannya.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...