Kalau dah bosan makan menu bergoreng atau gulai, boleh buat cabai picit ni. Gabung dengan ikan bakar dan ulam. Memang perfect dan yang penting menu sihat.
-12 biji cabai merah + cabai hijau dalam 12 biji
-1 sudu besar asam jawa dalam satu sudu besar (asam jawa asli)
-2 ketul belacan bakar sebesar ibu jari
-Setengah biji asam limau separuh biji (kami suka aroma limau nipis ni dalam ayaq asam ni)
-1/2 cawan air kosong (ikut kepekatan yang disukai)
-Garam, sedikit gula untuk seimbangkan rasa dan serbuk perasa
Ads
Cara membuat:
Ads
– Picit saja semua bahan ini, bukan tumbuk, bukan blend. Siap!
Makan dengan ikan bakar kosong dan ulam, memang gabungan mantap!
Banyak dinding dapur kediaman yang menggunakan mozek ataupun jubin. Memang mudah dibersihkan tapi bila perlu drill untuk buat rak, hiasan, plug dan sebagainya kena pastikan caranya betul. Salah cara drill mozek boleh pecah. Sayang kan.
Bagi elakkan dinding mozek pecah, ada cara drill yang perlu dipraktikkan agar lubang pada jubin dapat dihasilkan dengan elok.
Bagi anda yang perlu menebuk jubin ini sebaiknya ikut langkah yang dikongsi oleh Alel Sharifuddin
1. Gunakan tukul dan paku ‘sedikit’ sahaja di kawasan yg telah ditanda atau yang ingin di dril. Tujuannya utk memberikan laluan kepada mata drill. Kalau terus gunakan mata drill, nanti akan licin/mata tergelincir.
2. Gunakan mata drill tiles. Boleh beli di hardware harga RM12
3. Gunakan mode drill, jangan gunakan mode ‘HAMMER’, ia boleh menyebabkan tiles pecah. Mata drill tadi hujungnya sudah tajam jadi tidak perlu tolak mesin dengan kuat. Layannn je sambil dia buat lubang atas tiles.
4. Bila tiles dah berlubang cantik, pakai mata drill tebuk dinding pula. Kenapa kena tukar? Sebab nak jaga mata drill tiles. Boleh saja nak guna mata drill yang sama tapi nanti hujungnya tumpul. Sayang…
5. Ok, lepas dah ada lubang, dah tukar mata barulah boleh tukar kepada mode HAMMER. Tekan perlahan-lahan juga.
Antara tanaman yang biasa ditanam di kediaman adalah pokok kesum. Selain tanam dalam tanah atau pasu, kesum juga boleh ditanam melalui kaedah rendaman air saja.
Cara ini memang lagi mudah, malah pokok kesum akan subur merimbun jika dijaga dengan betul. Disebabkan mudah, ramai yang cuba tanam melalui kaedah ini.
Tapi masalah yang kerap dihadapi bila tanam dalam air adalah lama kelamaan daunnya mula menguning dan gugur hingga akhirnya layu dan mati. Sudahnya kita pun kecewa.
Bagi yang tanam kesum guna kaedah rendaman air mungkin boleh praktikkan tip dan cara yang dikongsi oleh Nur Izzah Mahmud.
Dia menanam pokok kesum dalam balang dan botol lutsinar. Kalau dilihat hasilnya memang memberangsangkan. Daun elok subur, akar pun meriah.
Berikut adalah beberapa cara penanaman dan tip yang dikongsi;
1. Pilih dahan pokok kesum yang segar dari pokok induk dan kerat.
2. Sediakan botol/balang lutsinar sama ada plastik atau kaca.
3. Buang daun-daun di bahagian bawah dan rendam pokok kesum dalam botol berisi air. Guna air paip saja, paras air boleh rujuk gambar di bawah.
4. Letak pokok kesum yang direndam di tempat yang mudah dapat cahaya tapi bukan cahaya matahari terus.
5. Saya guna balang lutsinar ini supaya mudah nampak kalau ada jentik-jentik. Tapi setakat ini belum ada lagi.
6. Tambah air jika nampak dah surut. Tak perlu tukar air hari-hari. Setakat 2-3 minggu air masih elok jernih. Kalau mula nampak hijau cuci balang atau bekas saja.
7. Dalam tempoh sebulan selepas tanam, pokok kesum ini tak perlu diletakkan baja lagi. Selepas tempoh sebulan bolehlah letak baja AB atau NPK 15.
Tapi jika berhasrat nak pindahkan pokok kesum ini ke tanah tak perlu letak baja, boleh terus tanam dalam pasu atau ke tanah. Boleh guna media tanah campuran kelapa sawit dan cocopeat.
Inilah hasil pokok kesum yang direndam dan dipindahkan ke pasu selepas banyak akar.
Pokok kena selalu kerat atau trim. Tinggalkan sejengkal dari pasu/botol saja. Bila pokok kesum sudah tinggi, dan keluar bunga itu tanda pokok sudah tua. Jika tak dikerat atau trim, ia tidak bercambah, kuning dan lama kelamaan pokok layu dan mati.
Selamat mencuba!
Artikel ini disiarkan dengan keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI
Acar ikan talang ini elok sangat dijadikan stok di rumah. Kalau tak sempat masak, goreng telur makan dengan lauk ini pun memang dah cukup sedap. Silap-silap bertambah nasi.
Acar ini memang ada saja dijual tapi kalau buat sendiri lagi best. Boleh ikut cita rasa, nak lagi pedas pun boleh.
Jika nak cuba buat sendiri boleh ikut cara yang dikongsi oleh Norshakinah Shaleh.
1. Mula-mula potong ikan talang masin (bukan ikan talang segar ya). Jangan potong kecil sangat, jangan besar sangat. Ini dalam 500gm, ambil bahagian isi saja. Tulang-tulang boleh simpan buat gulai.
2. Selepas siap potong rendam sekejap baru cuci bersih.
3. Kemudian tos dan goreng isi ikan talang tadi bagi garing. Dah garing toskan minyak (minyak goreng simpan untuk langkah seterusnya).
4. Sambil goreng ikan boleh kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Kuantiti ikut agak-agak saja ikut kuantiti ikan.
5. Kisar pula cili kering.
6. Kemudian kupas bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi. Basuh bersih. Bawang merah dan putih belah dua, halia potong mancis. Rendam semuanya dalam cuka. Jangan banyak sangat cuka. Nanti masam dan bau cuka.
7. Ini bahan-bahan perasa lain, gula melaka, lobak masin (basuh dulu), biji sawi, halba, kari ikan. Ambil juga serba sikit jintan manis, jintan putih dan biji ketumbar, sangai sekejap dan kisar halus. (Klik SINI untuk beli)
8. Ini pula bahan tambahan. Tak nak masuk pun boleh saja.
1.Panaskan minyak yang bekas goreng ikan talang tadi tumis biji sawi dan halba. Dah naik bau masukkan bahan kisar tadi iaitu bawang dan halia tu.
2.Dah garing elok baru masukkan cili kisar. Tumis sampai betul-betul pecah minyak. Kemudian masukkan serbuk kari dalam 2 sudu, dan jintan kisar tadi.
3. Goreng lagi sampai pecah minyak, baru masukkan gula melaka. Masak lama sikit pun tak apa.
4.Bila bahan tumis dah masak elok, masukkan bahan-bahan yang direndam dengan cuka tadi. Masukkan sekali dengan cuka yang rendam.
5. Masukkan buah buahan kering, lobak masin dan ikan talang goreng tadi.
6.Gaul bagi sebati. Biar sampai pecah minyak sekali lagi. Kacau sekali sekala saja supaya ikan tak hancur. Biarkan acar atas api perlahan, bagi semua rasa sebati. Lagi lama lagi elok dan sedap.
7. Akhir sekali tabur bijan. Ok dah siap. Sejukkan sebelum letak dalam bekas.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...