Cara Buat Homemade Kimchi. Senang & Sedap, Boleh Makan Dengan Nasi Goreng Juga!

Share

 

Mungkin kerana penangan drama dan filem yang selalu kita tonton, makanan Korea semakin diminati di negara kita.

Kimchi adalah antaranya, malah dek kerana dah popular ada yang membuat perniagaan menghasilkan Kimchi ini.

Tapi nak makan kimchi tak semestinya korang kena makan di kafe makanan korea. Boleh saja buat sendiri di rumah terutama untuk korang yang minat sangat dengan Kimchi.

Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Gee Fauziah.  Sedap, boleh makan dengan nasi, dibuat stew, nasi goreng dan lain-lain lagi. Ha menarik kan!

Bahan kimchi:

1 Kobis panjang 2-3kg
1 cawan garam kasar/garam bukit
1 ikat daun kucai
3 batang lobak merah
Serbuk cili Baba (kak Gee guna jenama Kochukaru Ommason)
Sos ikan

Bahan kanji:

1 cawan air
2 sudu gula
3 sudu besar tepung beras
(masak sehingga pekat)

Bahan kisar:

1 biji bawang holland
4/5 ulas bawang putih
I inci halia
I biji buah pear/epal

Cara membuat:

1. Rendam dengan garam selama beberapa jam. Semalaman pun boleh. Boleh agak2 kemasinannya.

 

2. Selepas tu bilas dengan air bersih untuk hilangkan kemasinannya . Toskan.

3. Potong ikut saiz yang korang suka.

4. Bahan kanji sebagai pemekat. Campurkan air, gula, tepung beras dan kacau di atas api kecil. Dah pekat tutup api dan biarkan sejuk. Kanji ni kita campur masa nak buat sambal kimchi.

5. Bahan kisar iaitu bawang holland, bawang putih, halia, buah pear. Tak payah campur air. Blend kering.

6. Sebiji buah pear. Kak Gee guna golden pear.

7. Dah siap kisar.


8. Kali ni Kak Gee guna serbuk cili Korea Kochukaru jenama Ommason. Harga RM15.
Kalau tak de boleh guna serbuk cili Baba.

9. Gaul serbuk cili hingga sebati. Ikut tahap kepedasan masing-masing. Selepas tu campur dengan sos ikan. Ni pun kak Gee pakai tuang jer. Tak de bersukat. Ikut rasa hati gitew.

10. Selepas tu boleh campur daun kucai dan carrot. Gaul-gaul manja.

11. Campur kobis panjang. Dan gaulkan. Sambil tu berselawat dan doa.

12. Taraaa.. Dah siap. Simpan dalam botol kaca/plastik.

13. Simpan dalam peti sejuk.

Selamat mencuba!

Sumber: Gee Fauziah

 

IKLAN